BISA hubung semua usahawan PKS dalam satu platform

BISA hubung semua usahawan PKS dalam satu platform

24 Februari 2023 12:12amMasa membaca: 4 minit

Ong (kanan) menerima Anugerah Khas Peneraju Robotik 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada majlis Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA), di sini, pada malam Khamis.

Ong (kanan) menerima Anugerah Khas Peneraju Robotik 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada majlis Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA), di sini, pada malam Khamis.

[DIKEMAS KINI] BISNES Sinar Harian Awards (BISA) berpotensi menjadi penghubung kepada semua usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berinteraksi dan memperkembangkan perniagaan mereka dalam satu platform.

Pengarah Urusan Diverse Supply Chain Sdn Bhd (DSC), Kayden Ong berkata, Majlis BISA perlu diadakan pada setiap tahun sebagai tanda menghargai usaha para peniaga tempatan yang bekerja keras memperkembangkan perniagaan mereka.

“Saya yakin BISA dapat menjadi platform yang menghubungkan semua usahawan IKS dalam satu platform yang membolehkan mereka memperkembangkan perniagaan bersama.

“Jadi memang saya berbangga dapat bekerjasama dengan Sinar Harian, sebagai satu jenama yang besar.

“Saya percaya semua dapat bersama dalam mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan perasmian Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.

BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.

Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.

Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan bakal diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City malam ini.

Sumber