Beli Nissan menang rumah

Beli Nissan menang rumah

Sempena menyambut ketibaan tahun baharu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’.

Peraduan ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000 di The ERA, Duta North Kuala Lumpur, bagi sesiapa yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.

Bagi menambah keterujaan tahun baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih Nissan.

Bagi meraikan Tahun Baharu Cina pula, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.

Bukan itu sahaja, ETCM sekali lagi memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) baharu dan perak (Tungsten Silver) baharu.

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada pukul 10 pagi hingga 8 malam. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival dan menikmati tawaran hebat serta pelbagai aktiviti Tahun Baharu Cina yang menarik.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *