Batik Air bakal jadikan KLIA sebagai hab umrah

Chandran Rama Muthy (tiga dari kanan), Khairul Firdaus (tengah) dan Rudy (tiga dari kiri) bergambar bersama agensi pelancongan dari Malaysia dan Indonesia dalam program Batik Air Fly to Middle East and Europe di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada Khamis

SYARIKAT penerbangan, Batik Air dan Kumpulan Lion Air bekerjasama dengan lebih 100 agensi pelancongan umrah dari Malaysia serta Indonesia untuk mempromosikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab umrah.

Pengarah Strategi Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, agensi itu akan membawa penumpang umrah dari Indonesia untuk transit dan bermalam selama satu hari di Kuala Lumpur.

“Dengan menyatukan pemain industri dari kedua-dua negara ini, ia secara tidak langsung meneroka peluang, mengatasi cabaran dan secara kolektif menyumbang kepada kemajuan perjalanan ziarah umrah.

“Selain itu, berikutan trend peningkatan permintaan daripada pelanggan, pihak kami akan mengembangkan daripada tiga kepada 10 penerbangan ke Jeddah dalam satu minggu menjelang Februari ini.

Sumber