Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

KENAIKAN ringgit terencat untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan terhadap data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan kemudiannya, mengalihkan minat pelabur kepada mata wang selamat termasuk dolar US, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6425/6455 berbanding dolar US daripada 4.6400/6440 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa AS$/MYR berlegar sekitar RM4.64 hingga RM4.65 hari ini selepas pasaran menunggu data CPI AS yang akan dikeluarkan malam ini.

“CPI AS malam ini agak kritikal dalam menentukan masa pemotongan kadar faedah AS.

Sumber