Aloft Kuala Lumpur Sentral
Aloft Kuala Lumpur Sentral – Kuala Lumpur Sentral atau sebutan ringkasnya iaitu KL Sentral, adalah merupakan tempat tumpuan rakyat Malaysia mahupun pelancong luar. KL Sentral merupakan stesen keretapi yang terbesar di Asia Tenggara. Pernahkah anda menginap di hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral?? Ianya terletak betul- betul di hadapan KL Sentral. Ia juga berdekatan dengan Muzium Negara, Taman Burung, Taman Tasik Perdana dan hanya mengambil masa 28 minit dari hotel ke KLIA dengan menaiki ERL yang dikenali sebagai KLIA Express.
Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral
Hotel Aloft KL Sentral mempunyai 482 buah bilik dan suite. 465 buah daripadanya adalah Urban room dan Loft room. Terdapat dua jenis suite di sini, iaitu Sweet suite dan suite yang terbesar,Breezy suite. Tempat makan? Anda tidak perlu risau kerana terdapat Restoran Nook yang menyediakan aneka makanan tempatan mahupun antrabangsa. Selain itu, re:fuel by Aloft adalah kawasan layan diri di mana anda boleh mengambil makanan pilihan anda.
Nasi lemak Aloft
Kolam renang di hotel ini sangat cantik dan menggunakan konsep rooftop pool. Sambil berenang, pengunjung bolehlah menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.
Kolam renang
Bagi yang ingin bersenam bolehlah pergi ke pusat kesihatan re:charge yang buka selama 24 jam dengan kelengkapan bersenam yang lengkap demi memenuhi kehendak dan keselesaan para pengunjung.
Hotel Aloft KL Sentral juga mempunyai dewan utama untuk penganjuran majlis- majlis tertentu serta ruang mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan teknologi canggih.
Hotel ini sangat sesuai buat pengunjung moden yang sukakan keunikan. Susunan dan hiasan bilik yang biasa tetapi mampu menarik hati setiap pengunjung yang datang. Jika datang ke KL sentral, mari menginap di Hotel Aloft KL.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian: