Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya
Cruise Tasik Putrajaya
Cruise Tasik Putrajaya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Perkara pertama yang terlintas difikiran adalah “pejabat kerajaan” sekiranya singgah di Putrajaya. Popular sebagai tempat lawatan untuk murid-murid sekolah dan pelancong luar negara, ruginya sekira tidak singgah dan menikmati Cruise Tasik Putrajaya.
Pemandangan Jambatan Putrajaya yang indah
Suasana di dalam bot pakej Footloose & Cruise
Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan perkhidmatan urutan spa kaki untuk pengunjung yang hadir.
Tempat urutan spa kaki
Jika anda suka mendengar muzik sambil bersantai, boleh memilih pakej Footloose & Cruise. Pakej ini adalah pakej minum petang sambil melayari Tasik Putrajaya dengan diiringi alunan muzik daripada beberapa orang artis ataupun band secara live! Harga bagi pakej ini agak berpatutan iaitu RM150 seorang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang kerana pakej ini hanya ada setiap malam Sabtu dengan minimum seramai 30 orang.
Selain dari pakej Footloose & Cruise, terdapat juga beberapa pakej yang lain, seperti pakej Perahu Dondang Sayang yang amat popular bagi pasangan yang sedang hangat bercinta atau berbulan madu. Membawa yang tersayang ke CTP ini juga adalah pilihan yang tepat sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan! Pasangan anda pasti akan menghargai usaha anda kerana membawanya ke tempat yang romantik seperti ini.
Manakala, CTP juga menyediakan pakej Cruise & Learn yang lebih sesuai untuk pelajar sekolah ataupun universiti sambil melayari Tasik Putrajaya, dimana mereka dapat menimba ilmu daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang pelayaran. Akhir sekali, Pakej Moonlight Cruise menyajikan pemandangan indah lampu warna-warni di waktu malam dengan struktur keajaiban senibina Putrajaya.
Jenis-jenis pakej:
- Pakej Footloose & Cruise
- Pakej Perahu Dondang Sayang
- Pakej Cruise & Learn
- Pakej Moonlight Cruise
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian: