AirAsia tambah 5.2 juta tempat duduk dari China, India

AirAsia tambah 5.2 juta tempat duduk dari China, India

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

SYARIKAT tambang murah, AirAsia mengumumkan 230 penerbangan mingguan antara China-Malaysia and India-Malaysia mingguan dengan 5.2 juta tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, penerbangan itu bermula pada suku pertama tahun depan sebagai sokongan kepada jangkaan lonjakan permintaan perjalanan.

Ia berikutan pengumuman kerajaan mengenai kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk pelancong dari China dan India ke Malaysia bermula 1 Disember depan.

“Pengumuman itu adalah yang dinanti-nantikan bukan sahaja untuk AirAsia tetapi untuk rakyat di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sumber