AirAsia mahu kekalkan ‘DNA’ penerbangan murah – Tony Fernandes

AirAsia mahu kekalkan ‘DNA’ penerbangan murah – Tony Fernandes

Tony (lima dari kanan) dan Joniston (empat dari kanan) bersama ahli keluarga mendiang Irene ketika majlis pelancaran rekaan pesawat khas AirAsia sebagai penghormatan di KKIA.

Tony (lima dari kanan) dan Joniston (empat dari kanan) bersama ahli keluarga mendiang Irene ketika majlis pelancaran rekaan pesawat khas AirAsia sebagai penghormatan di KKIA.

SYARIKAT penerbangan tambang murah AirAsia mahu mengekalkan identiti mereka sebagai sebuah syarikat yang menawarkan kos penerbangan murah di negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan itu juga perlu bertahan dan memerlukan sokongan kewangan supaya semua pesawatnya beroperasi dan seterusnya meningkatkan kekerapan penerbangan untuk penumpang.

“Kita masih ada kira-kira 40 pesawat yang tidak beroperasi, sebab itu kita memerlukan sokongan kewangan untuk membawa semula 200 pesawat daripada ‘storage’ dan ia bukan mudah.

“Kami juga bercakap mengenai ‘aerobridge’, kami mahukan kemudahan yang ringkas di lapangan terbang atau apa saja yang boleh membantu mengurangkan kos kerana mahu tawarkan tambang murah 100 peratus, itu DNA kami.

Sumber