Agus Digantikan Dengan Mohd Khairuddin Othman Sebagai KP J-KOM

Mohd Khairuddin Othman “Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras yang juga bekas EXco Selangor, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baharu menggantikan Mohammad Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam hantaran poster ucapan tahniah di Facebooknya.

“Semoga J-Kom akan terus memperkukuh komuniti Madani yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik,” katanya

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan calon bagi jawatan itu sudah dimuktamad dan akan diumumkan selepas selesai dokumentasi.

Jawatan Ketua Pengarah J-Kom dikosongkan selepas peletakan jawatan peyandangnya, Dr. Mohammad Agus sejak November tahun lalu yang terpalit dengan dakwaan rakaman perbualan tidak bermoral dengan seorang pegawai J-KOM.

Agus kini berdepan siasatan berkait dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan.