MARI HENTIKAN PENULARAN VARIAN OMICRON COVID-19

Malis Pelancongan Malaysia menggesa semua pihak meningkatkan usaha mengekang penularan varian Omicron baharu Covid-19 yang sedang melanda dunia. Pengerusi Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis berkata, sama ada masyarakat, pengusaha pelancongan mahupun kerajaan, semua pihak harus memperkukuh kerjasama dan mencari jalan terbaik menangani gelombang baharu wabak itu.

Menurutnya, sambutan yang akan datang seperti Thaipusam, Tahun Baru Cina dan lain-lain perlu diawasi dengan teliti, supaya ia tidak menjadi pencetus kepada kelompok baharu covid-19.
Acara atau perayaan yang melibatkan perhimpunan awam boleh ditangguhkan buat sementara waktu, atau protokol yang lebih ketat boleh dilaksanakan, katanya.

Pihak Majlis Pelancongan Malaysia bersedia berkerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dalam memastikan semua industri pelancongan yang terjejas sama-sama mendapat manfaat daripada pelan tersebut. Semua agensi pelancongan diminta untuk mengambil peluang ini mempromosikan pakej-pakej domestik secara kreatif sekaligus dapat menjayakan kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Satu garis panduan aktiviti pelancongan diharapkan dapat diumumkan dengan segera bagi memastikan tidak berlakunya kekeliruan kepada rakyat Malaysia untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam situasi begini. Masyarakat Malaysia juga perlulah menjaga SOP yang ketat bagi memastikan pencegahan penularan jangkitan berleluasa.

Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, industri pelancongan merupakan industri yang paling awal terjejas yang melibatkan hampir 4 juta orang di negara dan kerugian dianggarkan sekitar RM45 Billion akibat pandemik Covid-19.