MyCar bekerjasama dengan AMCARE dalam memberikan Perlindungan Insurans Tenang

MyCar bekerjasama dengan AMCARE dalam memberikan Perlindungan Insurans Tenang

MyCar ialah syarikat e-hailing Malaysia. Dengan kerjasama MyCar dan AMCARE, sejumlah 250,000 pemandu B40 menerima perlindungan insurans tenang.

Susulan inisiatif Bajet 2022, ia bertujuan untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah, terutamanya pemandu MyCar, melalui kerjasama dengan industri insurans dan takaful.

Berdasarkan program Perlindungan Tenang, pemandu MyCar boleh menyertai program perlindungan yang berpatutan dan mudah difahami dengan proses tuntutan yang mudah kerana ia meningkatkan perlindungan sosial.

Kini pemandu MyCar boleh melindungi diri mereka dan keluarga mereka daripada risiko yang mengancam nyawa dengan perlindungan tenang. MyCar ialah syarikat e-hailing pertama yang menawarkan faedah kepada pemandu.

MyCar mereka dan membangunkan sendiri aplikasi mereka yang diberi nama MyCar 3.0 dengan kerjasama bersama graduan kejuruteraan perisian tempatan. ’Unicorn” gig ekonomi pertama negara merupakan sasaran utama MyCar.

Untuk aplikasi lama MyCar (MyCar 1,0 dan SuperApp 2.0) pengguna boleh dinyahturunkan (uninstall) aplikasi tersebut dan pengguna boleh memuat turun aplikasi MyCar 3.0, ciptaan terbaru MyCar.