Pembukaan Agung Dr KO Dermaceutical yang kelima di Mid Valley dirasmikan oleh Datuk Seri Hj Hasnol

Pembukaan Agung Dr KO Dermaceutical yang kelima di Mid Valley dirasmikan oleh Datuk Seri Hj Hasnol

Majlis pelancaran pembukaan Dr KO Dermaceutical yang ke-5 diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pelancaran pembukaan diadakan di Mid Valley Megamall.

Dr KO Dermaceutical masih dalam usaha untuk menjadi rangkaian penjagaan kulit profesional terbesar di Asia Tenggara.

Diiktiraf sebagai “Klinik Kulit, Laser dan Estetik Terbesar di Malaysia” oleh Malaysia Book of Records. Sebanyak 37 cawangan klinik telah dibuka di seluruh Malaysia. Di negara jiran, Indonesia sebanyak 4 buah Klinik Pakar Kulit KO dibuka di sana. Kualiti produknya yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah kulit seperti masalah jerawat, pencerahan kulit, anti-penuaan, kulit kering dan masalah jeragat mendapat pengiktirafan secara meluas dan terbukti berkesan.

Kini, Dr KO Dermaceutical mempunyai lima cawangan di Malaysia. Klinik penjagaan kulit ini bertapak di Sunway Pyramid, Mid Valley Southkey (Johor Bahru), Pavillion Bukit Jalil dan Gurney Plaza (Pulau Pinang). Dr KO Dermaceutical bercadang untuk melebarkan lagi sayap mereka dengan membuka cawangan di pusat beli-belah utama di negeri Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, Dr KO Dermaceutical bercadang untuk memperluaskan bahagian pasaran mereka dalam tempoh lima tahun akan datang. Malaysia dan Indonesia merupakan pilihan utama apabila dikaitkan dengan penjagaan kulit. Mempunyai impian untuk menambahkan lagi cawangan di masa hadapan di Malaysia serta perkembangan secara progresif di seluruh Asia Tenggara.

Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam HJ Ahmad merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), beliau menzahirkan sukacita terhadap perasmian pembukaan cawangan baru ini. Malaysia telah menjadi salah satu destinasi yang ideal untuk kesihatan kulit. Beliau percaya akan jenama ini mampu untuk mencapai kejayaan dan berkembang di seluruh negara serta di Asia Tenggara.

Objektif Dr KO Dermaceutical adalah untuk mencipta produk penjagaan kulit profesional yang khusus untuk permasalahan kulit orang tempatan. Dato’ Dr Ko Chung Beng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr KO Dermaceutical berkata, beliau turut berasa gembira selepas melihat senyuman dan keyakinan yang diperolehi oleh pelanggan selepas menggunakan produk Dr KO Dermaceutical. Tekanan mental adalah salah satu faktor yang memudaratkan kulit kita. Di fasa pandemik ini, penggunaan topeng muka yang berterusan menyebabkan pelbagai masalah kulit. Sebagai contoh, jerawat dan keradangan kulit.

Bahan yang digunakan untuk produk penjagaan kulit Dr KO Dermaceutical adalah bahan-bahan gred perubatan yang berkualiti tinggi. Penjagaan kulit yang konsisten dan penggunaan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit dapat merealisasikan impian pengguna untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri. Produk mesra wuduk juga turut ditawarkan dan sesuai untuk pengguna beragama Islam.

Sila layari https://drkoskincare.com/ atau http://koskinspecialist.com. untuk maklumat lanjut.