93.9 juta penumpang pada 2024

93.9 juta penumpang pada 2024

Mavcom telah menyemak semula unjuran untuk trafik penumpang 2023 kepada 84.5 juta dan 86.5 juta mengatasi unjuran awal. - Gambar Bernama (Gambar kecil: Saripuddin)

Mavcom telah menyemak semula unjuran untuk trafik penumpang 2023 kepada 84.5 juta dan 86.5 juta mengatasi unjuran awal. – Gambar Bernama (Gambar kecil: Saripuddin)

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menyemak semula unjuran untuk trafik penumpang 2023 kepada 84.5 juta dan 86.5 juta mengatasi unjuran awal.

Dalam Laporan Industri edisi ke-14 ‘Waypoint’ yang dikeluarkan pada Rabu, suruhanjaya itu juga menjangkakan angka penumpang bagi 2024 melebihi 93.9 juta.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pertumbuhan memberangsangkan dalam trafik penumpang selepas pandemik Covid-19, mencecah 69.9 juta dalam tempoh 10 bulan pertama 2023.

Menurutnya, lonjakan tersebut telah mendorongnya untuk menyemak semula ramalan pada 2023.

Sumber