World #QuranHour berlangsung hari ini

World #QuranHour berlangsung hari ini

GOMBAK – World #QuranHour yang memasuki tahun keempat penganjurannya akan berlangsung hari ini dengan mengangkat tema ‘Solusi Cabaran Sejagat’.

Tahun ini, World #QuranHour mengajak masyarakat untuk memahami empat cabaran dunia akhir zaman dan solusi yang diibrahkan daripada Surah Al-Kahf.

Dijangkakan lebih 3,000 orang akan menyertai kempen berinteraksi dengan al-Quran, baca, faham dan amal di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini bermula jam 12 tengah hari.

World #QuranHour -  FOTO ZAHID IZZANI

World #QuranHour – FOTO ZAHID IZZANI

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijangka turut berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama mengimarahkan Ramadan dengan penghayatan al-Quran melalui World #QuranHour.

Selain di UIAM, World #QuranHour akan turut diadakan serentak di lebih 2,100 lokasi berdaftar dalam negara dan lebih 79 lokasi di 27 negara luar.

Program ini merupakan koloborasi ummah di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dianjurkan bersama oleh UIAM, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Majlis Dakwah Negara, Rumah Ngaji dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd.

Media turut bergabung atas nama Sinergi Media untuk menjayakan kempen ini termasuk Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian, Sinar TV), Astro, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, TV Alhijrah, IKIMfm, Kumpulan Utusan, Kumpulan NSTP dan blogger, Denaihati Network.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *