Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Usah pertikai kewujudan alam ghaib
  • ATTRACTION

Usah pertikai kewujudan alam ghaib

Helmi Aziz April 19, 2019 4 minutes read
264815.jpg

PADA tanggal 23 Mac lalu, barangkali tiada peristiwa penting berlaku ke atas diri kita. Namun, berlainan pula dengan keluarga Mohammad Ashraf Hassan atau Acap.

Ibu bapa, adik-beradik, isteri termasuk saudara-mara lelaki berusia 29 tahun itu dirundung rasa duka dan bingung. Acap yang menyertai larian Gopeng Ultra Rail tidak muncul di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 teratas bagi peserta 25 kilometer.

Seperti yang dilaporkan media, bukan sahaja pihak berkuasa malah masyarakat setempat, agamawan termasuk golongan paranormal muncul membantu mencari Acap. Pun demikian, setakat artikel ini ditulis, usaha mencarinya masih menemui jalan buntu.

Pada asalnya, kes Acap seperti kes-kes lain yang menyaksikan mereka akan muncul dua hingga tiga hari selepas operasi menyelamat. Namun, selepas 18 hari tiada sebarang signal positif, ia menyebabkan pelbagai spekulasi liar bertebaran.

Ada yang mendakwa, Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar itu disorok bunian, dibawa makhluk halus ke alam mereka dan beberapa andaian yang menakutkan.

Di sebalik misteri kehilangan ini, natijahnya, masyarakat kita dilihat terbahagi kepada dua kelompok.

Golongan pertama ialah mereka yang terlampau percayakan kononnya Acap kini berada di alam bunian. Golongan kedua pula yang bermati-matian menolak andaian itu. Mereka lebih memikirkan kemungkinan kes Acap seperti Nur Umaisarah Sameon yang dijumpai semula selepas 19 hari hilang di Gunung Tahan, 10 tahun lalu.

Namun, dalam konteks agama, kita wajib untuk percaya perkara-perkara dan alam ghaib ini.

Kewujudan jin

Bagi mengulas lanjut hal tersebut, Sinar Islam mewawancara Presiden Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Ustaz Fauzi Mustafa.

Ustaz Fauzi berkata, alam bunian, jin, syaitan, malaikat mahupun kubur, semua itu adalah alam ghaib.

“Ia memang tak boleh disaksikan oleh pandangan mata kasar manusia,” ujarnya.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan aurat mereka berdua. Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu di mana kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah al-A’raf: 27)

Berdasarkan ayat itu, katanya, makhluk halus, syaitan, jin, bunian, langsuir atau hantu raya boleh melihat kita. Namun, manusia tidak boleh berbuat demikian.

Justeru, bagaimana situasi yang mengaitkan kehilangan Acap yang didakwa telah disorok jin atau makhluk halus? Ustaz Fauzi berkata: “Kita hanya boleh membuat kebarangkalian semata-mata.”

Merujuk kes mangsa, beliau berkata, segala usaha secara fizikal telah dilakukan iaitu melalui operasi mencari dan menyelamat oleh bomba dan pihak berkuasa lain. Malangnya, tiada perkhabaran positif.

“Maka, ia akan pergi kepada kebarangkalian nombor dua sebab hutan ini kawasan makhluk halus dan seumpama dengannya. Bukan sahaja hutan, bahkan, paya, sungai, laut, bukit dan gunung iaitu semua kawasan yang bukan menjadi tempat tinggal manusia, dihuni mereka.

“Saya sebutkan di sini hanya kebarangkalian sahaja sebab memang itulah tempat makhluk halus. Namun, tidak pasti lagi sama ada benar atau tidak. Tidak kiralah tok bomoh, tok batin, dukun atau pawang, semuanya hanya buat andaian saja.

“Lagipun, mereka pun tak nampak makhluk halus. Andai kata jin yang sorok mangsa, mungkin yang membisikkan perkara itu kepada mereka adalah jin juga kerana hanya jin saja boleh nampak. Kita kena ingat, jin boleh boleh berbohong,” jelas beliau.

Apa sekalipun, kata Ustaz Fauzi, realitinya memang manusia boleh disorok oleh jin. Perkara tersebut pernah berlaku ketika zaman sahabat Nabi SAW yang bernama Khurafah.

Cerita Ustaz Fauzi, ketika Khurafah berjalan, beliau ternampak seekor ular melintas di depannya. Lalu, beliau mengambil tongkat dan memukul ular itu sehingga mati.

Kemudian, Khurafah merasakan seolah-olah dirinya dibawa ke satu alam lain yang belum pernah dilihatnya. Ketika itu, lelaki itu merasakan ada makhluk-makhluk tertentu yang mengiringinya. Beliau dibicarakan di mahkamah atas sebab membunuh ular itu tadi.

“Maka, kalangan bunian atau jin yang mengiringi Khurafah tadi memberitahu hakim bahawa Khurafah telah membunuh kalangan kita (jin) yang telah menjelma menjadi seekor ular yang masuk ke alam manusia.

“Lalu, hakim membuat keputusan, manusia (Khurafah) tidak bersalah. Sebab kenapa? Sebab bunian menjelma ke alam manusia menjadi ular, sedangkan haiwan itu menjadi musuh mereka. Pastinya manusia akan membunuh ular. Khurafah akhirnya dibebaskan,” cerita Ustaz Fauzi.

Begitupun, dalam kes kehilangan Acap, Ustaz Fauzi menitipkan pesan agar kita perbanyakkan amalan solat hajat memohon petunjuk daripada Yang Maha Esa.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Payudara mengendur selepas menyusukan, ketahui cara merawat
Next: Ultimate Print tampil Sampul Duit Raya Personalize dengan diskaun 30 peratus

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.