Tip penjagaan rambut buat wanita berhijab

Tip penjagaan rambut buat wanita berhijab

RAMBUT adalah mahkota wanita yang sangat berharga. Lantaran itu penjagaan mahkota amat penting supaya ia kelihatan cantik, sihat dan kemas. Bagaimanapun ramai wanita mahukan rambut yang cantik, namun cara penjagaannya tidak tepat. Ingat, penjagaan rambut bukan hanya untuk mereka yang tidak bertudung, bahkan juga buat mereka yang mengenakan hijab!

Wanita yang berhijab harus menjaga rambut agar ia sihat dan tidak berbau meskipun berhijab dalam tempoh yang lama. Yang penting anda rasa selesa. Ikuti syor yang Femina sediakan untuk memastikan rambut anda sentiasa berada dalam kondisi yang baik.

1) Pastikan rambut kering (tidak basah) sepenuhnya sebelum memakai hijab.

Mengapa? Ia amat penting agar rambut tidak mengalami masalah ‘berbuah’. Adalah lebih baik, sejurus selepas mandi, pastikan anda keringkan rambut terlebih dahulu.

2) Jangan ikat rambut yang masih basah.

Sebenarnya, apabila kita mengikat rambut basah selepas mandi, ia akan mengakibatkan kerosakan teruk pada rambut. Hujung akar akan mudah rapuh. Pada masa sama, keguguran rambut akan menjadi lebih buruk.

3) Biarkan rambut terurai bebas apabila berada di rumah.

Semestinya bagi mereka yang berhijab akan menutup rambut sepanjang hari, jadi sejurus tiba di rumah lepaskan rambut anda dari ikatan ketat dan sikat rambut dengan jari anda. Pastikan ia menyentuh kulit kepala. Ini akan membantu peredaran darah pada bahagian kepala serta dapat menikmati udara yang cukup buat mahkota anda.

4. Trim rambut.

Tidak bermakna bila berhijab, anda perlu menghentikan segala penjagaan rambut termasuk tidak memerlukan sebarang trim lagi. Tidak kira jika anda ingin menyimpannya sehingga panjang atau kekal pendek, rambut perlu dipotong sedikit pada bahagian hujung setiap empat hingga enam minggu. Ianya hanya untuk memastikan tiada rambut bercabang dan rambut kekal sihat bersinar.

5. Cuci anak tudung sekerap yang mungkin.

Ianya penting untuk mencuci anak tudung setiap minggu atau mungkin setiap dua hari. Tidak kira jika anda mempunyai satu atau lebih anak tudung untuk anda gunakan setiap hari, tetapi jangan ambil ringan dengan kebersihan anak tudung.

Penggunaanya sepanjang hari pasti membuatkan rambut berpeluh dan sekaligus menyebarkan bakteria pada kulit kepala. Ia boleh mengakibat kelemumur yang teruk pada kulit kepala dan berbau.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *