Teruja sertai Malaysia #QuranHour, wadah terbaik hayati al-Quran

Teruja sertai Malaysia #QuranHour, wadah terbaik hayati al-Quran

JOHOR BAHRU – Biarpun pernah menyertai World #QuranHour sebelum ini, namun Hilmi Kamarudin, 33, tetap berasa teruja menyertai program Malaysia #QuranHour di Masjid Al Asma’ul Husna, Bandar UDA Utama kali ini.

Menurut kakitangan kerajaan itu, program sedemikian disifatkan sangat baik dan perlu dihadiri oleh semua umat Islam di negara ini.

“Ini kali kedua saya menyertai program seperti ini. Aebelum ini saya sertai World #QuranHour dan kali ini untuk Malaysia #QuranHour kira kali pertamalah.

“Saya tahu mengenai program ini pun dari akhbar dan internet. Selain itu, kena rajin juga datang ke masjid dan cari pasal program ini.

“Kali ini saya tahu Surah Al-Insan menjadi surah pilihan dan saya sendiri pun tak tahu kisah di sebalik surah ini. Insya-ALLAH saya dapat memahaminya nanti,” katanya.

Hilmi merupakan sebahagian daripada peserta yang menyertai program Malaysia #Quran Hour di Masjid Al Asma’ul Husna, Bandar UDA Utama pada Rabu.

Seorang lagi peserta, Norhayati Md Nor, 56, berkata, dia juga pernah menyertai program seumpamanya di Kota Iskandar, sebelum ini.

Malah dia tidak pernah terlepas daripada menyertai program #QuranHour ini kerana menyifatkan program berkenaan sebagai antara wadah terbaik untuk mengajak orang ramai membaca al-Quran dan menjadikannya amalan harian.

“Sejak program seperti ini dilaksanakan, sudah ramai yang membaca al-Quran dan ramai yang sudah ada kesedaran pentingnya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Alhamdulillah, rasanya saya belum terlepas lagi program ini, walaupun masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dahulu.

“Masa itu (PKP), saya bersama rakan-rakan mengaji, mentadabur al-Quran secara dalam talian sahaja…sekarang ni pun kalau saya tak ikut ke masjid (lokasi), saya ikuti di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Rumah Ngaji Johor, Muhammad Syukurniatullah Abd Rashid, 39, berkata, pihaknya telah melaksanakan persediaan rapi bagi memastikan program Malaysia #QuranHour kali ini berlangsung dengan lancar.

Katanya, kesemua peserta kali ini turut melibatkan penyertaan dari luar Johor Bahru dan mereka akan berkumpul di masjid berkenaan untuk sama-sama membaca dan mentadabur Surah Al-Insan yang menjadi surah pilihan kali ini.

“Alhamdulillah, setakat ini program ini telah berjalan dengan baik dan lancar dengan kehadiran lebih 1,000 peserta dari sekitar negeri.

“Qari-qari jemputan kita juga turut hadir bagi menjayakan program ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran

Sumber