Superday Vivo raikan pelanggan setia

Superday Vivo raikan pelanggan setia

VIVO Malaysia baru-baru ini menganjurkan Hari Jualan Superday Vivo yang meraikan pengunjung dengan persembahan, cabutan bertuah dan permainan dengan ganjaran hadiah eksklusif.

Majlis tersebut turut dimeriakan dengan majlis pelancaran telefon pintar, S1.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, Vivo berkembang dengan sokongan pengguna dan komited untuk berdepan pelbagai cabaran industri.

“Kami juga berusaha untuk memaksimumkan pengalaman pengguna bermula daripada inovasi hingga ke perkhidmatan selepas jualan dengan kualiti bertaraf dunia.

“Sudah menjadi hasrat kami bahawa S1 terbaharu ini akan menjadi telefon pintar kegemaran belia di Malaysia,” katanya sempena Hari Jualan Superday Vivo di i-City Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan Yasmin Aziz. Program bertambah meriah apabila 50 pertama yang membeli Vivo S1 membawa pulang alat dengar eksklusif.

Bercakap tentang inovasi Vivo terbaharu, S1, Mike berkata, telefon pintar itu memberi pilihan kepada pengguna muda di negara ini yang mahu sentiasa kelihatan bergaya, bebas dan sentiasa up-to-date dengan perkembangan teknologi.

Vivo S1 itu didatangkan dengan pilihan warna Diamond Black dan Skyline Blue selain boleh didapati di seluruh kedai Konsep Vivo dan web e-dagang rasmi. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.facebook.com/VivoMalaysia dan https://www.vivo.com/my/.





Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *