Rumah Ngaji jayakan World #QuranHour

Rumah Ngaji jayakan World #QuranHour

LUMUT – Lebih 50 peserta menjayakan program World #QuranHour 2019 yang dianjurkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, di sini hari ini.

Program dimulai dengan bacaan solat sunat Dhuha dan sesi tazkirah agama itu turut diserikan dengan kehadiran Isteri Orang Besar Jajahan Manjung, Datin Nor Shuhada Osman sebagai tetamu jemputan khas sambil diiringi Pengasas Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Leftenan Kolonel Datuk Nazli Alias.

Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, program seterusnya merupakan acara bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5, Surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan tadabbur Surah Al-Kahfi dipimpin pemegang panji-panji Al-Kahfi, Ustaz Hairul Abdul Karim.

“Syukur Alhamdulillah pada tahun ini program World #QuranHour 2019 anjuran kami berjaya dihadiri lebih 50 peserta dari sekitar kawasan Teluk Muroh.

“Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Datin Nor Shuhada Osman kepada semua peserta dan hadirin,” katanya kepada media di sini hari ini.

Program World #QuranHour 2019 anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh bersama lebih 50 peserta.

Program World #QuranHour 2019 anjuran Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh bersama lebih 50 peserta.

Maziah berkata, Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh ditubuhkan pada 21 September 2018 menjadi pendekatan baharu ditunggu-tunggu bagi membolehkan masyarakat setempat kembali serta mendalami ajaran al-Quran.

Menurutnya, pihaknya mengajak masyarakat dari setiap lapisan tanpa mengira usia, sama ada kanak-kanak mahupun warga emas mengenal, belajar, fahami al-Quran dan mengamalkannya.

“Kita mahu memperkasakan al-Quran, kaedah mengaji al-Quran yang sistematik dan kita jemput guru agama untuk mengajar melalui konsep ‘Celik, Faham, Fasih dan Amal’.

“Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Lumut dengan mengimarahkan Kelas Jom Ngaji Quran (JNQ) yang diadakan dua kali sebulan,” katanya.

Maziah berkata, kepentingan program ini adalah untuk membudayakan al-Quran dalam kalangan masyarakat dan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di samping menyediakan ruang dan peluang pembelajaran al-Quran secara percuma.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *