Potong usus untuk cepat kurus

Potong usus untuk cepat kurus

Anda Musykil, Doktor Jawab

Potong usus untuk cepat kurus

SOALAN 1

PEMBEDAHAN bariatrik dibenarkan bagi membantu mengawal kanser daripada merebak.

PEMBEDAHAN bariatrik dibenarkan bagi membantu mengawal kanser daripada merebak.

DOKTOR, saya mempunyai seorang rakan yang dahulu berat badannya melebihi saya. Bagaimanapun, kini beliau telah kurus. Apabila ditanya, jawabnya disebabkan oleh pemotongan usus. Persoalan saya, bolehkah seseorang itu membuat pemotongan usus semata-mata untuk kurus dan apakah risikonya?


-INSAN OBES, ZAIDI RAZALI, 36, CHERAS, KUALA LUMPUR

JAWAPAN:

TUAN, pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus boleh menjadi kurus. Namun tujuan utama pembedahan itu bukan bertujuan untuk kurus. Ia perlu mengikut indikasi tertentu.

Seseorang pesakit dibenarkan menjalani proses bariatrik bagi kes membantu mengawal kanser daripada merebak. Selain itu, ia untuk merawat pesakit obesiti yang mengalami diabetes, darah tinggi, masalah sleep apnea dan lain-lain sebab lagi.

Menurut informasi laman web Asian Guidelines, untuk seseorang pesakit itu layak membuat pembedahan bariatrik, mereka perlu berusia 18 hingga 65 tahun. Indeks jisim tubuh (BMI) perlu lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit kronik.

Secara ringkasnya, pembedahan itu hanya untuk pesakit yang terlalu obes dan mempunyai bacaan BMI lebih daripada 32 dengan syarat-syarat tertentu untuk layak menjalani pembedahan bariatrik.

Pun begitu, terdapat beberapa kaedah lain selain bariatrik iaitu pintasan gastrik, gastrektomi lengan, penjagaan gastrik boleh laras, pembungkusan gastrik dan penggunaan serta belon intragastrik.

Pesakit yang layak menjalani bariatrik akan dibantu oleh pasukan profesional. Pakar bariatrik, endokrin, pemakanan dan fisioterapi akan memberi informasi dan bantuan kesihatan sebelum meneruskan proses pembedahan.

Harus diingat, jumlah berat badan yang susut bergantung pada jenis pembedahan yang dilakukan dan hasilnya berbeza setiap individu.

Dengan bantuan pakar nutrisi, pesakit akan dipantau selepas pembedahan dan akan mulakan diet berkalori rendah iaitu hanya 800 hingga 1000 kalori sahaja.

Individu yang menjalani pembedahan perlu menjalani pemeriksaan dan evaluasi menyeluruh. Pesakit turut dinasihatkan mengikut pelan diet yang lengkap dan menjalani rutin senaman serta diberikan motivasi.

Kesan jangka panjang pendek yang mungkin akan dihadapi pesakit seperti tindak balas anestesia, kebocoran pada bahagian usus atau pendarahan, jangkitan kuman, masalah pernafasan atau paru-paru, kekurangan mineral dan vitamin.

Kesan jangka panjang pula seperti menghadapi perubahan tabiat usus (sembelit cirit-birit), hernia, muntah, mual yang menyebabkan cirit-birit, paras gula rendah dalam darah, ulser, masalah batu karang dan kekurangan zat makanan.

Profil

DR KIRUBAKARAN

DR KIRUBAKARAN

Dr Kirubakaran Malapan

merupakan Pakar Bedah Am, Payudara, Bariatrik dan Endokrin

di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Minuman kultur penyebab kanser?

SOALAN 2

DOKTOR, anak saya begitu menggemari minuman kultur dan semua jenis minuman yogurt. Baru-baru ini saya ada mendengar mengenai minuman tersebut didakwa boleh mengaktifkan sel kanser. Persoalan saya, betulkah kenyataan itu?

– INSAN PRIHATIN, HASLIZA KAMARUDDIN, 41, KLEBANG, MELAKA

JAWAPAN:

GAMBARAN menunjukkan sistem pencernaan dipenuhi dengan kuman probiotik.

GAMBARAN menunjukkan sistem pencernaan dipenuhi dengan kuman probiotik.

PUAN, dakwaan itu seharusnya disertakan bukti agar penjelasan lebih baik dapat diperoleh. Mungkin berlaku salah faham mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk pesakit tertentu.

Sejak dahulu lagi, kuman probiotik yang digunakan dalam minuman telah disahkan selamat bagi individu yang sihat termasuklah wanita hamil dan menyusukan anak.

Namun, minuman berkenaan sememangnya tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup.

Mereka yang tergolong dalam kumpulan berkenaan (sistem daya tahan lemah) ialah seperti pesakit HIV, baru menerima organ dan mereka yang mengambil ubat untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan, penghidap diabetes, kanser, ginjal, menjalani rawatan dialisis, pesakit autoimun, mereka mendapatkan rawatan steroid dan menjalani pembedahan usus.

Kuman tersebut dikhuatiri akan berkembang dengan cepat kepada individu-individu yang mempunyai masalah seperti itu.

Namun, kepada individu yang sihat, minuman tersebut selamat, malah dapat merawat beberapa penyakit secara semula jadi dan tanpa ubat.

Untuk pengetahuan puan, minuman yang mempunyai probiotik sebenarnya telah diperkenalkan sejak zaman Rom lagi sebagai teknik penapaian bahan-bahan tenusu agar ia tahan untuk jangka masa yang lama.

Profil

DR ZUBAIDI

DR ZUBAIDI

Dr Zubaidi Ahmad

merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan

Doktor Islam Malaysia.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *