Pokok pecah beling anti kanser

Pokok pecah beling anti kanser

Pokok pecah beling anti kanser

Pokok pecah beling.

POKOK pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian.

Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser.

Melalui kajian kes pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah.

Ia mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.

Cara menggunakan pokok herba pecah beling.

1) Ambil lima hingga tujuh helai daun.

2) Cuci bersih dan toskan.

3) Masukkan dalam bekas memasak dan tambah 500 ml air bersih.

4) Masak hingga air menjadi 200 ml. Tapis air dan daun pecah beling dan sejukkan.

5) Minum segelas pada waktu pagi dan setiap hari hingga penyakit beransur sembuh.

#Selamat mencuba

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *