Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Pengurusan jenazah lebih mudah dengan M-Jannah
  • ATTRACTION

Pengurusan jenazah lebih mudah dengan M-Jannah

Helmi Aziz March 4, 2019 2 minutes read
210099.jpg

PUTRAJAYA – Bagi mereka yang masih tercari-cari perkhidmatan pengurusan jenazah, barangkali produk M-Jannah boleh dipertimbangkan dalam senarai keperluan anda.

Menariknya, produk perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap yang ditawarkan oleh Bank Mualamat (M) Bhd dengan kerjasama syarikat Bumijez Sdn Bhd (Bumijez) bersedia memberi perkhidmatan selama 24 jam tanpa henti di seluruh negara.

Produk M-Jannah kini boleh didapati di 64 cawangan Bank Muamalat sejak setahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, sehingga kini, sebanyak 4,530 pelanggan telah melanggan produk ini dengan nilai jualan sebanyak RM500,000.

“Ramai orang bertanyakan kepada saya, kenapa kami sebagai sebuah bank menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah? Bagi mereka, ia tidak selari dengan perkhidmatan yang sepatutnya oleh institusi perbankan.

“Namun sebenarnya penawaran produk ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk menawarkan perkhidmatan holistik merangkumi produk dari awal hingga akhir hayat yang memberi manfaat kepada pelanggan kami.

“Perkhidmatan pengurusan jenazah yang ditawarkan Bumijez adalah salah satu daripada produk yang melengkapi visi ini. M-Jannah merupakan salah satu produk di mana permintaannya masih meningkat,” katanya pada Majlis Perasmian Bank Muamalat Setahun bersama M-Jannah di Putrajaya sebentar tadi.

Hadir sama penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi yang dilantik secara rasmi sebagai Duta M-Jannah.

Keahlian serendah RM59

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bumijez, Ustaz Mohd Zainal Khamis berkata, setakat ini, waris kepada 20 ahli M-Jannah yang meninggal dunia telah menerima manfaat melibatkan sejumlah RM60,000.

USTAZ MOHD ZAINAL

USTAZ MOHD ZAINAL

“Perkhidmatan kami sudah bermula sejak 2009 di Lembah Klang sebelum berkembang ke seluruh negara. Kehadiran kami bukan untuk menidakkan peranan badan-badan khairat kematian dan pengurusan jenazah setempat.

“Tetapi lebih kepada melengkapkannya kerana kami juga dapat menyalurkan kewangan segera 24 jam kepada waris untuk menyempurnakan jenazah ahli,” katanya.

Jelasnya, keahlian M-Jannah bermula pada harga serendah RM59 setahun dengan perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap bernilai RM1,500, malah turut disertakan zikir, tahlil, khatam al-Quran dan wang khairat RM1,500 kepada waris.

M-JANNAH merupakan produk kerjasama Bank Muamalat serta Bumijez memberi peluang kepada setiap individu agar dapat melakukan langkah awal bagi meringankan beban waris dan ahli keluarga pada hari berlakunya kematian.

M-JANNAH merupakan produk kerjasama Bank Muamalat serta Bumijez memberi peluang kepada setiap individu agar dapat melakukan langkah awal bagi meringankan beban waris dan ahli keluarga pada hari berlakunya kematian.

“Selain itu, turut disediakan pakej lain merangkumi kategori pasangan suami isteri, anak-anak dan warga emas, selain manfaat tambahan seperti penyediaan batu nisan, pusara serta khidmat badal haji,” katanya.

USTAZ Mohd Zainal (tengah) menyerahkan sumbangan prihatin kepada Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu.

USTAZ Mohd Zainal (tengah) menyerahkan sumbangan prihatin kepada Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu.

Sempena setahun produk M-Jannah di Bank Muamalat, diskaun sebanyak lima peratus akan diberikan kepada mereka yang membuat pendaftaran keahlian baharu atau pembaharuan keahlian sepanjang bulan Mac ini.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jangan perkecil usaha orang kita naik basikal ke Tanah Suci
Next: Kereta terbang tak dijual untuk orang ramai

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.