Penganjuran Malaysia #Quran Hour tepat dengan keadaan semasa negara

Penganjuran Malaysia #Quran Hour tepat dengan keadaan semasa negara

SEREMBAN – Penganjuran program Malaysia #Quran Hour bertepatan dengan keadaan semasa negara memandangkan masyarakat hari ini sangat perlu kepada pemahaman al-Quran.

Pengerusi Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat, Najib Nubhan Khairudin berkata, malah surah yang dipetik iaitu al-Insan, al-Fatihah dan al-Asr juga amat bertepatan dalam usaha melahirkan generasi pemimpin pada masa hadapan.

“Tiga surah ini yang secara realitinya berkaitan dengan isu semasa yang sedang kita hadapi dalam masyarakat hari ini ditambah pula dengan semangat kemerdekaan.

“Jadi program ini sangat baik untuk beri kesedaran kepada masyarakat bagi memahami al-Quran, biasanya program kita buat tadarus, membaca secara sendirian tetapi Malaysia #Quran Hour ini lebih kepada tadabbur dan memahami isi al-Quran akhirnya membawa kepada amalan kepada kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai program Malaysia #Quran Hour di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat pada Rabu.

Suasana ketika sesi bacaan ikrar di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat, ketika program itu berlansung pada Rabu.

Suasana ketika sesi bacaan ikrar di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat, ketika program itu berlansung pada Rabu.

Dalam program sama turut berlangsung bacaan ikrar dalam menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membina Malaysia Berakhlak Mulia dan World Of Compassion berdasarkan lima prinsip antaranya al-Quran sebagai panduan hidup bernegara, sultan sebagai payung kedaulatan agama dan negara serta gandingan pemuda merdeka dan pemimpin Abrar dalam membina negara.

Najib Nubhan berkata, program ini wajar diteruskan berikutan ia akan menguatkan amalan dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada golongan muda serta pemimpin.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Asnizah Ahmad berkata, intipati surah itu boleh dijadikan panduan oleh masyarakat di negara ini dalam membentuk peribadi yang baik sekali gus menjadi contoh kepada orang lain.

“Kita memerlukan pelapis generasi muda yang berakhlak dalam mentadbir negara kelak supaya dapat membangunkan negara dengan lebih baik berdasarkan tiga surah yang dibaca pada hari ini,” katanya.

Seramai 10,000 peserta mengambil bahagian dalam Malaysia #Quran Hour di Negeri Sembilan yang berlangsung pada Rabu, manakala Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof di Sikamat menjadi lokasi utama penganjuran yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, penganjurannya mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang merupakan rakan sinergi dalam mengimarahkan program berkenaan.

Program ini juga diadakan di beberapa lokasi masjid dan surau terpilih, jabatan dan agensi kerajaan termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran

Sumber