Pemenang bertuah OMG Fiesta bawa pulang Proton Persona

Pemenang bertuah OMG Fiesta bawa pulang Proton Persona

TAHUN 2019 menjadi satu permulaan menyeronokkan bagi 19 pelanggan Kenny Rogers Roasters (KRR) yang telah dijemput bagi merebut peluang memenangi hadiah utama dalam acara OMG Fiesta baru-baru ini.

Sebelum dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama, peserta akhir perlu mengulangi satu siri cabaran perlawanan terakhir yang menyeronokkan dengan bermain permainan seakan-akan dam ular gergasi.

Hasil kegigihan dan kesungguhan, Faris Zikri Yusof, 26, akhirnya diumumkan sebagai pemenang kepada cabaran tersebut. Beliau berjaya memandu pulang sebuah Proton Persona baharu 1.6 Premium CVT.

Sementara 18 peserta akhir lain memperoleh kredit preloaded KRR Card bernilai RM200 setiap satu.

Pengurus Besar Berjaya Roasters Sdn. Bhd, Lee Siew Fei berkata, kerjasama antara KRR dan Proton melalui OMG Fiesta merupakan satu pengalaman bermakna dan mengujakan.

“Kempen OMG Fiesta ini ialah inisiatif KRR untuk menggalakkan para pelanggan memulakan tahun baharu dengan cara hidup yang aktif dan sihat dengan menikmati hidangan-hidangan istimewa dari kami.

“Menerusi kempen ini juga, kami menghargai sokongan Proton yang menaja kereta Proton Persona. Jenama ini (Proton) dilihat telah menunjukkan perkembangan dan kebolehpercayaan dalam memberi pengalaman dan pemilikan terbaik dalam kalangan pelanggannya,” ujar Siew Fei.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *