PUTRAJAYA – Biarpun berada dalam keadaan sakit tetapi tidak menghalang Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian. Nenek kepada selebriti, Neelofa itu berkongsi kisah meskipun pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit. “Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. “Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu. Bibi Khoteja menambah guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. “Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya. Dalam pada itu, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. “Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen. “Keistimewaan program ini adalah untuk membimbing serta memberi ilmu mengenai al-Quran yang bukan sahaja membaca tetapi tahu apa makna dalam setiap ayat,” jelasnya. Sumber Post navigation “Solidariti Untuk Iskandar Spring” SAUJANA 25 CONCERT AT THE SHERATON IMPERIAL HOTEL IN KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA – Biarpun berada dalam keadaan sakit tetapi tidak menghalang Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian. Nenek kepada selebriti, Neelofa itu berkongsi kisah meskipun pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit. “Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. “Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu. Bibi Khoteja menambah guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. “Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya. Dalam pada itu, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. “Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen. “Keistimewaan program ini adalah untuk membimbing serta memberi ilmu mengenai al-Quran yang bukan sahaja membaca tetapi tahu apa makna dalam setiap ayat,” jelasnya.