MM Bistro Penang Nasi Kandar Puncak Alam Kini Dibuka & Menu Rahmah Diperkenalkan

MM Bistro Penang Nasi Kandar Puncak Alam Kini Dibuka & Menu Rahmah Diperkenalkan

kredit: Subky kelkatu

MM Bistro Penang Nasi Kandar telah membuka cawangan di Puncak Alam Selangor. Justeru itu, mengambil pendekatan inisiatif menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, pihak MM Bistro Penang juga turut memperkenalkan versi menu Rahmah mereka bertujuan untuk memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan pada harga yang berpatutan.

Serentak dengan itu juga, menu Rahmah turut dilancar dan diperkenalkan. Dengan harga RM5.90, pelanggan akan dapat menikmati Set Nasi Kandar Ayam bersama air Sirap.

Menurut pemiliknya, Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali , menu ini juga akan berubah seperti ditukarkan kepada ikan dan aneka lauk lain mengikut kesesuaian masa dan keperluan. 

Dianggarkan tetamu jemputan ialah 500-700pax dan pengenalan kepada menu rahmah berharga Rm5.90. Tercetusnya idea menu rahmah ini adalah kerana ingin berkongsi rezeki kepada platform atau inisiatif yang tepat sekaligus kepada golongan sasaran yang tepat dan lokasi restoran yang terletak berhampiran dengan pusat pendidikan uitm serta penduduk yang purata pendapatan pertengahan dan kebawah.

kredit: Subky kelkatu

Difahamkan mereka ingin mengekalkan konsep mamak penang dan juga mempromosikan budaya restoran mamak muslim yang sebenar.  

Justeru itu, menyasarkan 20 cawangan akan dibuka dalam tempoh 6 bulan kehadapan dan juga akan menambahkan pilihan menu rahmah bagi memberi pilihan kepada pelanggan merupakan perancangan pada masa depan.

Berkenaan dengan isu menu rahmah di restoran penang yang teprkasa dibatalkan adalah kerana penduduk sekitar atau pelanggan sudah terbiasa dengan menu yang biasa atau mungkin ada kelainan dari segi kuantiti dan rasa pada menu rahmah.

Tetamu Jemputan:-

  1. Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail
  2. Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
  3. Tuan Abbas Salimmi Azmi, Pegawai Kanan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Zulkefly Bin Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
  4. Tuan Zainal, OCS IPD Kuala Selangor
  5. Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali, Pemilik Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar
kredit: Subky kelkatu

#MMbistro786 #MMbistroPuncakAlam #MenuRahmah #MMbistroMenuRahmah #MalaysiaMadani