Mercedes Benz A200 jengah pasaran Malaysia

Mercedes Benz A200 jengah pasaran Malaysia

SELEPAS Mercedes-Benz A-Class W177, kini giliran Hatchback Premium A 200 Progressive Line 2018 pula menjengah pasaran Malaysia.

Gaya sporty dan jimat minyak, Varian A200 menggunakan khidmat enjin 1.3 liter turbocharged empat silinder sebaris yang menyalurkan 163hp dan dipadankan dengan transmisi automatik 7G-DCT klac berkembar. Ia hadir bersama mod pemanduan eco, comfort, sport dan individual.

Menilik prestasinya amat mengagumkan kerana A 200 boleh mencatat kelajuan maksimum sehingga 225 kilometer sejam (km/j) dan mampu memecut 0-100km/j dalam tempoh hanya 8 dan 6.2 saat.

A-Class menjadi model pertama yang dipasang dengan ciri Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang canggih. Diaktifkan dengan menyebut ‘Hey Mercedes’, MBUX dikatakan mampu memahami hampir semua ayat berkaitan fungsi infotaimen dan operasi kereta.

Lampu LED yang rata dengan elemen krom.

Lampu LED yang rata dengan elemen krom.

Moden premium

Menjengah pula ke ruang kabin, A 200 menerima perubahan ketara menerusi konsep moden premium. Paling jelas ialah skrin sentuh bersaiz besar dan beresolusi tinggi yang hadir sebagai ciri standard serta menjadi sebahagian daripada MBUX. Lebih menarik lagi, skrin digital tersebut boleh diubah dengan beberapa mod berbeza seperti classic, understated atau sport. Masih mengekalkan rekaan dinamik untuk mereka yang berjiwa muda, Mercedes-Benz A-Class menerima penambahbaikan menyeluruh dari segi dalaman dan luarannya.

Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu LED berprestasi tinggi meningkatkan tahap keselamatan pada waktu malam. A-Class didatangkan standard dengan ciri kunci pintar Keyless-Go yang pastinya memudahkan urusan pemanduan harian. Pada masa sama, ia dilengkapi ciri keselamatan dan sistem bantuan pemanduan baharu. Antaranya ialah Bantuan Parkir Aktif bagi memudahkan pemandu memarkir kereta secara selari.






Sporty dan jimat minyak.

Sporty dan jimat minyak.

Definisi kemewahan

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, Mercedes-Benz A-Class merupakan satu revolusi kualiti dan kemewahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

“Model ini menginterpretasikan semula definisi kemewahan moden menerusi MBUX yang boleh diaktifkan dengan arahan ‘Hey Mercedes’.

“Mercedes-Benz A-Class baharu menandakan episod baharu dalam perjalanan revolusi ke era digital kereta,” ujarnya.Spesifikasi A 200 AMG Line






Lampu LED yang rata dengan elemen krom.

Lampu LED yang rata dengan elemen krom.

ANEKDOT

  • Enjin: Petrol 4-silinder turbocharged 1.3 liter, 1332cc
  • Transmisi: Automatik dual-clutch 7G-DCT
  • Rated output: 120Kw /163hp @ 5,500
  • Rated torquecTypeface:> 250Nm / 1620-4000rpm
  • Harga: RM227,888.00 (Termasuk 10% SST, tanpa insurans)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *