Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Mengapa doa-doa seorang muslim itu tidak dimakbulkan ALLAH SWT?
  • ATTRACTION

Mengapa doa-doa seorang muslim itu tidak dimakbulkan ALLAH SWT?

Helmi Aziz April 19, 2019 2 minutes read
252040.jpg

DOA diibaratkan sebagai senjata ampuh orang Islam.

Namun, jika doa seorang muslim itu tidak diterima, adakah ia menunjukkan bahawa amalannya tidak diterima?

Menjawab soalan ini, Syaikh Abdul ‘Aziz bin Abdillah bin Baz pernah ditanyakan tentang hal seperti di atas.

Lalu beliau menjawab: “Ada pelbagai faktor yang menyebabkan doa tidak termakbul. Doa tersebut tidak termakbul mungkin kerana buruknya amalan, maksiat dan keburukan yang seseorang lakukan.

“Mungkin juga kerana makan makanan yang haram. Kemungkinan dia berdoa dalam keadaan hati yang lalai dan mungkin kerana sebab lainnya sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW”.

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seseorang muslim memanjatkan doa kepada ALLAH selama tidak ada padanya dosa dan memutuskan silaturahim (antara kerabat) melainkan ALLAH akan beri padanya tiga perkara iaitu ALLAH akan segera mengabulkan doanya, ALLAH akan menyimpannya baginya di akhirat kelak dan ALLAH akan menghindarkan darinya keburukan yang seumpamanya”. Para sahabat berkata: “Kalau begitu, kami akan perbanyakkan doa”. Nabi SAW lantas berkata: “ALLAH nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kamu.” (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan hadis itu, ada banyak sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan.

Ia mungkin disebabkan maksiat yang kita lakukan, hati lalai ketika memanjatkan doa atau memakan makanan yang haram.

Barangkali, doa kita tidak dimakbulkan kerana ALLAH SWT telah memilih sesuatu yang terbaik untuk diri kita dengan menggantikan apa yang kita minta dengan sesuatu yang lebih bermanfaat di syurga dan di akhirat kelak.

Kemungkinan juga, ALLAH sebenarnya menggantikan permintaan kita tadi dengan maslahah lain seperti menghindarkan kita daripada pelbagai keburukan tanpa disedari.

Apa pun, sebagai hamba-Nya, kita perlu terus berdoa kepada Sang Pencipta.

Jangan berputus asa dan berburuk sangka kepada ALLAH. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa keperluan kita.

(Sumber: Mohammad Zaki Yahpar)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RMC rancang konvoi jelajah Malaysia
Next: APRIL Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.