Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Masih wujud diskriminasi terhadap wanita berhijab?
  • ATTRACTION

Masih wujud diskriminasi terhadap wanita berhijab?

Helmi Aziz February 9, 2020 4 minutes read
616900.jpg

BAYANGKAN pada usia 11 tahun, Nazma Khan terpaksa berdepan dengan pelbagai kecaman dan diskriminasi hanya kerana berhijab.

Situasi tersebut berlaku apabila beliau ditakdirkan menjadi murid perempuan tunggal memakai tudung di sebuah sekolah yang terletak di Bronx, New York, Amerika Syarikat (AS).

Menurut wanita kelahiran Bangladesh tersebut, beliau tidak menyangka keputusan berhijrah dari negara kelahiran ke AS antara mimpi ngeri yang sukar untuk dilupakan.

“Sememangnya situasi yang berlaku sejak zaman kanak-kanak amat memeritkan. Di sekolah rendah saya sering menjadi bahan ejekan kerana disifatkan berpenampilan pelik sehingga ada yang memaksa berpakaian normal ke kelas.

“Kemudian, memasuki sekolah menengah, kutukan semakin menjadi-jadi. Segelintir pelajar memanggil saya ‘ninja’ atau ‘Batman’ hanya disebabkan sehelai hijab menutupi kepala,” luah Nazma seperti dipetik dalam wawancara bersama agensi media luar negara.

Bicara wanita berkenaan, tatkala melanjutkan pengajian di peringkat universiti pula sebahagian penuntut yang tidak bertanggungjawab menggelarnya Osama bin Laden atau pengganas.

NAZMA

NAZMA

Gelaran pahit sedemikian adalah susulan daripada tragedi 11 September 2001 yang mengorbankan lebih 1,100 mangsa dek serangan pesawat merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, AS.

“Pengalaman hidup di sini (AS) cukup memeritkan, namun begitu ia sedikit pun tidak melunturkan jihad saya sebagai seorang Muslimah. Seperti mana yang termaktub dalam al-Quran bahawa menutup aurat itu adalah wajib.

“Bertitik tolak daripada insiden terbabit, saya tekad untuk mengubah persepsi masyarakat tempatan dan seantero dunia terhadap wanita bertudung. Sampai bila kami perlu berdepan dengan diskriminasi, dibuli dan dilemparkan tuduhan negatif, sedangkan Islam tidak begitu,” tegas beliau lanjut.

Rasa pengalaman bertudung

Justeru, bagi menyuntik aura positif dalam kalangan orang awam terhadap Muslimah berhijab, Nazma mengambil inisiatif melaksanakan Hari Hijab Sedunia bermula pada 1 Februari 2013.

Penganjuran program tersebut adalah untuk menggalakkan wanita bukan beragama Islam tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur merasai pengalaman memakai tudung.

“Ironinya, rata-rata masyarakat berpendapat wanita yang menyarungkan tudung adalah simbol penindasan. Mereka menganggap kami (wanita) telah dipaksa oleh agama, keluarga dan suami supaya mengenakan hijab, sementelah wanita agama lain bebas menentukan gaya sendiri.

“Saya sama sekali tidak menyangka idea menganjurkan sambutan Hari Hijab Sedunia di sini (AS) mendapat sokongan padu daripada kumpulan hijabi di serata negara seperti Jerman, Perancis, Australia dan United Kingdom (UK),” katanya dalam nada teruja.

Sambutan Hari Hijab Sedunia atau popular dengan #WorldHijabDay merupakan acara tahunan yang disambut pada 1 Februari di 190 buah negara seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, kempen berkenaan juga bertujuan mengetengahkan solusi terbaik cara bertoleransi dan menghapuskan stigma kurang manis terhadap wanita berhijab khususnya melibatkan sektor pekerjaan. Ia berikutan terdapat beberapa syarikat dikatakan enggan menerima kakitangan wanita bertudung.

Ikhlas bertudung

Dalam perkembangan berkaitan, bagi mengenal pasti sejauh mana wanita bertudung berdepan isu diskriminasi, pihak World Hijab Day telah mengadakan undian dalam kalangan 40,000 pengikut Instagram dan 790,000 (Facebook) pada tahun lalu.

Hasil kajian yang diperoleh daripada wanita berhijab antaranya di Pakistan, Malaysia, India, Nigeria dan Indonesia mendapati sebanyak 71 peratus kumpulan hijabi menjadi diskriminasi berpunca dek beberapa salah faham.

Menurut laman web Worldhijabday.com faktor utama yang mendorong wanita berhijab dibuli adalah disebabkan persepsi bertudung simbol penindasan.

KAJIAN turut mendapati sebahagian masyarakat menyifatkan wanita memakai hijab kerana dipaksa bukannya secara rela hati.

KAJIAN turut mendapati sebahagian masyarakat menyifatkan wanita memakai hijab kerana dipaksa bukannya secara rela hati.

Bagi soalan, ‘Adakah anda rasa ditindas kerana berhijab?’, sebanyak 94 peratus pengikut Instagram dan 81 peratus (Facebook) mengatakan ‘tidak’, sebaliknya berasa hebat dan luar biasa.

Bagaimanapun, sebahagian besar wanita menzahirkan komen kecewa dan ralat apabila pihak luar pula mendakwa mereka berhijab kerana ditindas.

Seterusnya, faktor kedua adalah salah faham masyarakat yang menyifatkan wanita telah dipaksa berhijab bukannya secara rela hati.

Namun begitu, dakwaan berkenaan disangkal oleh 93 peratus pengikut Instagram. Seramai 87 peratus daripada para pengikut Facebook pula mengatakan mereka bertudung kerana ikhlas dan mengikut kata hati.

Pada masa sama, terdapat juga pendapat ayah, abang atau suami yang memaksa wanita mengenakan tudung.

Salah seorang pengikut menulis komen dalam ruangan Facebook menyatakan: “Berhijab adalah tuntutan agama dan ia tiada kena-mengena dengan paksaan oleh sesiapa pun.

“Lagipun saya bertudung sebelum berkahwin, jadi suami tidak terlibat atau mempengaruhi keputusan saya ini.”

Di bawah kategori itu sebanyak 94 peratus (Instagram) dan 86 peratus (Facebook) memberikan jawapan tidak dipaksa menutup aurat dengan berhijab.

Kajian tersebut turut menunjukkan sebahagian besar masyarakat seolah-olah tidak menyedari bahawa wanita berhijab terpaksa berjuang menepis isu diskriminasi.

Apabila ditanyakan soalan: ‘Adakah anda pernah berdepan pengalaman dibuli kerana berhijab?’ Sebanyak 58 peratus pengikut Instagram dan 60 peratus (Facebook) bersetuju.

Soalan yang sama juga dibuka khas untuk para hijabi di Eropah, Australia dan AS yang mana 71 peratus pengikut Instagram dan 63 peratus menerusi Facebook mengatakan, ‘Ya’.

Jika dihitung wanita di ketiga-tiga negara itu mengalami diskriminasi dua kali ganda berbanding golongan berhijab di tempat lain.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Memahami risiko kesihatan mental
Next: Fesyen tudung pilihan tahun 2020

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.