Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Lebih 800 sertai Malaysia #QuranHour di Johor
  • ATTRACTION

Lebih 800 sertai Malaysia #QuranHour di Johor

Helmi Aziz November 15, 2019 3 minutes read
445525.jpg
JOHOR BAHRU – Lebih 800 peserta pelbagai peringkat umur menyertai Malaysia #QuranHour Negeri Johor 2019 di Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini hari ini.

Program dimulakan dengan bacaan surah al-Kahf ayat 1 hingga 10 dan ayat 100 hingga 110 diikuti dengan tadabbur atau penerangan surah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khalid Sujud.

Kemudian diteruskan dengan solidariti al-Quran dan khatam al-Quran sebelum adik Muhammad Izzdaiyan Rozaini menyampaikan Pesan Kemerdekaan.

Pengerusi Rumah Ngaji Johor, Md Yusof Jamar berkata, penganjuran kali ini menonjolkan sedikit kelainan dengan menyelitkan segmen Pesan Kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ke-62 di samping alunan surah al-Kahf.

“Alhamdulillah tahun ini penganjuran kali keempat di Johor dan semakin mendapat sambutan malah kali ini kita dapat lihat penyertaan ramai, lebih 800 orang yang hadir. Ada yang bawa keluarga serta anak-anak bersama-sama menghayati al-Quran dan ambang merdeka sempena bulan kemerdekaan.

“Pengisian kali ini ada perubahan pada segmen ikrar al-Quran yang diganti dengan Pesan Kemerdekaan selain solidariti membaca al-Quran dan khatam al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, Pesan Kemerdekaan yang dibacakan bertujuan untuk menanamkan semangat kemerdekaan terutama kepada golongan muda.

“Kita cuba tanamkan semangat kemerdekaan terutama kepada anak-anak muda yang hadir sebab mereka tidak merasa zaman orang dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan dengan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pelajar SK Bandar Seri Alam 1, Mohd Irfan Nafis Misni, 11 bersama keluarganya turut hadir menyertai Malaysia Quran Hour negeri Johor, hari ini.

Pelajar SK Bandar Seri Alam 1, Mohd Irfan Nafis Misni, 11 bersama keluarganya turut hadir menyertai Malaysia Quran Hour negeri Johor, hari ini.

“Jadi, orang tua-tua perlu sampaikan mesej itu kepada anak muda supaya mereka mengerti perjuangan kemerdekaan yang telah dilalui dan mesti pertahankan serta mengisi kemerdekaan itu dengan bermanfaat.

“Kita (orang lama) masih banyak kerja sebenarnya untuk memastikan negara ini lebih baik, lebih makmur dan lebih bahagia kepada semua orang,” katanya.

Majlis turut disertai Imam Masjid Al-Jawahir, Ustaz Mohd Nor Abdullah dan Pengasas Rumah Ngaji Johor, Roziah Kamal.

Sementara itu, salah seorang peserta dari Taman Perling, Azleen Farahannis Evani Azlan, 24, berkata, penganjuran Malaysia #QuranHour di ambang merdeka menunjukkan bahawa Islam dan kemerdekaan itu sememangnya berkait.

“Apabila kita bercakap tentang kemerdekaan, ia boleh dikaitkan dengan Islam kerana Islam itu mempraktikkan perasaan keamanan jadi program ini sangat bersesuaian.

“Sekarang ini banyak isu rasisme disebarkan menjelang kemerdekaan, semestinya saya takut kerana sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk jadi kuat. Jangan hanya merdeka atas nama,” katanya.

Bagi pelajar Sekolah Tinggi Batu Pahat, Muhammad Nursyaziq Raihan, 16, yang menyertai Malaysia #QuranHour buat kali kedua berkata, penganjuran kali ini membuka matanya agar rakan seusianya berguru dengan orang lama untuk memahami makna sebenar kemerdekaan.

“Saya dengar Pesan Kemerdekaan tadi dan saya fikir golongan muda patut memahami erti merdeka melalui orang lama yang melalui zaman sebelum dan selepas kemerdekaan. Ini wajar diteruskan supaya semangat kemerdekaan itu tidak pudar.

“Mungkin gajet melalaikan kami hingga mengabaikan penghayatan kemerdekaan. Boleh tengok pada hari perbarisan 31 Ogos, tidak ramai orang muda yang datang untuk tengok,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kedai Adidas buat si cilik
Next: Pilihan isteri ‘peminta’ atau ‘pencipta’ kebahagiaan rumah tangga sendiri

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.