Kumpul 5.6 tan sisa buangan plastik

Kumpul 5.6 tan sisa buangan plastik

BAGI memperingati Hari Lautan Sedunia, Nestlé Malaysia memperluaskan usahanya dengan memerangi sampah di sembilan pantai terpilih sekali gus berjaya mengumpulkan lebih 5.6 tan sisa buangan plastik.

Selain misi tersebut, lebih 600 kakitangan Nestlé Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pencipta Alam Malaysia (MNS) turut bersama-sama membersihkan pantai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, pihaknya komited untuk membantu menangani masalah sisa buangan plastik.

“Kami berhasrat untuk menjadikan pembungkusan kami 100 peratus boleh dikitar semula atau diguna semula menjelang tahun 2025.

“Kami sentiasa mencari cara inovatif untuk mempelopori penggunaan bahan alternatif, membina masa depan tanpa sisa buangan dan mengubah tingkah laku serta membentuk tabiat baharu.

“Setakat ini, 65 peratus daripada pembungkusan produk kami sudah direka bentuk untuk dikitar semula,” katanya sambil memberitahu pihak Nestle mahu menghentikan penggunaan bahan plastik sekali guna di semua tempat kerja Nestlé menjelang September nanti.

Sementara itu, Presiden MNS, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, pihaknya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Nestlé, salah sebuah syarikat multinasional terbesar di Malaysia.

“Inilah yang boleh dikatakan kepimpinan melalui teladan, menunjukkan kepada syarikat lain dan masyarakat bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk alam sekitar mereka.

“Usaha itu juga mendidik orang ramai mengenai bagaimana pelupusan sisa plastik yang tidak sempurna boleh mencemari lautan dan mengancam kehidupan laut. Ribuan terima kasih kepada Nestlé kerana menjalankan inisiatif ini dan memegang komitmen untuk membuat semua pembungkusan mereka 100 peratus boleh dikitar semula,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *