KPDNHEP pilih Aruz kenderaan rasmiKPDNHEP pilih Aruz kenderaan rasmi

KPDNHEP pilih Aruz kenderaan rasmiKPDNHEP pilih Aruz kenderaan rasmi

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) telah membeli 55 unit Perodua Aruz varian Advance (AV) untuk kegunaan rasmi dalam sektor kerajaan. Secara tidak langsung ia menjadikannya pembelian fleet pertama bagi model tersebut.

Upacara penyerahan model tersebut telah berlangsung di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, lebih 23,000 unit telah dijual daripada lebih 33,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya Januari lalu.






PERODUA Aruz AV

PERODUA Aruz AV

Perodua Aruz merupakan SUV yang menawarkan nilai terbaik di pasaran dan juga SUV terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

“Kami amat berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih Perodua Aruz sekali gus menyokong ekosistem bekalan automotif Malaysia kerana lebih daripada 90 peratus komponen Aruz dan model Perodua yang lain adalah daripada sumber tempatan.

“Kami difahamkan tugasan para pegawai penguat kuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh. Perodua Aruz ialah kenderaan yang lasak, boleh dipercayai, luas, praktikal, mudah dipandu dan mempunyai pelbagai konfigurasi tempat duduk yang sangat sesuai untuk mereka,” katanya.

Tambahnya, kemudahan seperti pembaca kad tol dan kamera perakam yang terbina dalam, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi turut ditawarkan.

Ia juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dinilai sebagai paling cekap penggunaan bahan api dalam kelasnya dengan 15.6 km/l, menyumbang kepada kos pemilikan yang rendah.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *