KPDNHEP, Perodua kolaboratif atasi masalah produk tiruan

KPDNHEP, Perodua kolaboratif atasi masalah produk tiruan

DALAM usaha menghalang penularan perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang baru-baru ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, pihaknya sedar bahawa terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang menggunakan jenama Perodua, malah sebahagiannya sukar dibezakan.

Ini termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan (shock absorbers) dan pad brek.

“Perkara itu amat membimbangkan kerana barangan tersebut merupakan barangan kritikal. Pelanggan boleh terpedaya membeli dan menggunakan barangan tiruan untuk kenderaan mereka.

“Ini bukan sahaja akan membatalkan waranti tetapi secara tidak langsung boleh menjejaskan keselamatan dan keadaan kenderaan mereka,” katanya.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pencegahan) KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari.

Perodua bersama sekumpulan pengedar servis dan stokis terpilih turut menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguat kuasa KPDNHEP.

Mereka antara lain menjelaskan tentang pelbagai produk dan alat ganti Perodua yang mana ia produk dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

“Kami menggesa orang ramai supaya tidak tergoda dengan peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barang tiruan Perodua.

“Belilah produk yang asli daripada stokis Perodua yang sah atau manamana 179 pusat perkhidmatan Perodua yang sah di seluruh negara,” tambahnya lagi.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *