Kenali apa itu autisme?

Kenali apa itu autisme?

HARI Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun. Sempena sambutannya, mari kenali ‘autisme’!

Apa itu autisme?

Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku.

Justeru, kanak-kanak autisme mengalami masalah:

1) Pertuturan

2) Emosi

3) Pemikiran

4) Pola permainan

Apakah masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme?

Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka.

Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu.

Ia bergantung kepada tahap serius ciri-ciri autisme kanak-kanak tersebut sama ada tahap ringan atau teruk.

Antara masalah perkembangan bahasa kanak-kanak autisme ialah:

1. Tidak boleh bertutur 2. Hanya mengeluarkan bunyi seperti bunyi vokal /a/ atau menjerit. 3. Mampu bertutur tetapi tidak difahami (jargon)

Manakala, masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme yang bertutur ialah:

a. Perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami b. Sukar diajak berbual kerana tiada tumpuan dan kontak mata c. Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi seketika sahaja d. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan/konteks perbualan e. Dapat meniru ayat atau menyanyi tanpa mengerti maksudnya f. Ekolalia iaitu mengulang perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.

Di mana bantuan boleh diperoleh?

Jika anda risau anak anda menunjukkan ciri-ciri di atas, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar dengan segera.

Anda boleh mendapatkan rujukan doktor dari hospital atau klinik kesihatan berhampiran.

Semasa menjalani proses rehabilitasi, kanak-kanak autisme akan dirujuk kepada disiplin berikut:

Pakar Kanak-Kanak

Pakar Pskiatri Kanak-Kanak

Pakar Psikologi

Juruterapi Pertuturan- Bahasa Audiologis

Terapis Carakerja

Sumber: http://www.myhealth.gov.my



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *