Imbau masakan tradisional Melaka

Imbau masakan tradisional Melaka

  • May 21, 2019
  • 0 comments

MELAKA, selain terkenal dengan kisah-kisah sejarah dan kepahlawanan, hidangan cita rasa peranakan juga selalu menjadi bualan. Episod Memori Ramadan Chef Wan kali ini meneroka ke negeri yang terletak di selatan tanahair ini. Negeri bersejarah itu menjadi destinasi pilihan resipi Chef Wan bersama pengacara Go Shop Shopping, Ainaa Kamalia Jamaludin.

“Menu ini adalah resipi khas orang Melaka. Jadi, penonton dari negeri-negeri lain boleh belajar apa yang kami sediakan ini. Tidaklah asyik makan makanan negeri sendiri sahaja,” kata Chef Wan berseloroh.

Mereka ke Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail untuk membeli bahan-bahan mentah yang diperlukan termasuk itik.

Sempat juga mereka menemu bual beberapa pengunjung mengenai menu tradisi Melaka yang mereka suka dan menjadi kenangan. Rata-rata memilih asam pedas ikan parang.

Mudah dengan produk perkakas dapur keluaran Go Shop

Chef Wan meraikan tetamu khas Kamalia untuk sama-sama merasai menu masakan Melaka yang mereka sediakan.

Chef Wan meraikan tetamu khas Kamalia untuk sama-sama merasai menu masakan Melaka yang mereka sediakan.

Dulu-dulu, belanga menjadi peralatan penting untuk masakan asam pedas. Tetapi di set memasak ini, Chef Wan dan Kamalia menggunakan cara moden dengan produk perkakasan dapur daripada Go Shop untuk resipi yang sama.

Menggunakan produk-produk ‘magic cookware’ ini, mereka mengajak penonton bagaimana untuk menikmati masakan tradisional dengan cara lebih pantas, menjimatkan masa dan lebih sihat kerana tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak.

“Seperti yang kita tahu, asam pedas banyak guna minyak. Jika tumis tanpa minyak yang banyak dalam periuk biasa, akan cepat hangit dan tak ‘pecah minyak’, asam pedas tak akan jadi.

“Tapi dengan peralatan memasak cara moden, masalah itu tiada lagi. Tak perlu guna minyak yang banyak kerana ia tidak melekat dan ini baik untuk kesihatan kita,” kata Chef Wan mengenai kebaikan produk keluaran Go Shop.

Begitu juga dengan itik yang terpaksa ambil masa yang lama untuk memasak jika menggunakan cara tradisonal.

Namun, dengan menggunakan perkakas dapur Go Shop, Chef Wan dan Kamalia berjaya siapkan Rendang Itik dalam masa yang singkat.

“Sambil memasak, kami mengimbau zaman kanak-kanak di Kampung Alor Gajah. Nenek masak cara lama, Chef Wan pula masak guna produk moden.

“Masak cara moden memang berbeza tetapi rasa masih tetap asli. Daging empuk, tekstur cantik dan rasa sangat sedap,” ujar Kamalia.

Untuk Kuih Kemboja, proses membakar lebih cepat,tidak hangus dan tidak melekat.

Saksikan rancangan MEMORI CHEF WAN setiap Isnin dan Selasa yang memaparkan pelbagai resipi tradisional dimasak menggunakan peralatan Go Shop yang mudah dan ringkas di saluran Astro Ria (104 & 123) pada jam 2 petang & Go Shop (118 & 120) pada jam 10 malam mulai 6 Mei.

Untuk mendapatkan Grenstone Tripletz Frying Pan Set, sila klik di sini.

Bagi pembelian Grenstone Marble Wok Set, sila klik di sini.

Untuk pembelian Grenstine Multi Square Pan, sila klik di sini.

Jadi apa tunggu lagi.. jom beli-belah di http://www.goshop.com.my

Go Shop destinasi beli-belah 24 Jam nombor satu Malaysia. Hubungi talian Go Shop di 1800-82-0088, layari Go Shop atau muat turut aplikasi mudah alih Go Shop menerusi Google Play atau App Store untuk membuat tempahan sekarang!

Resipi Ayam Cencaluk

Ayam cencaluk

Ayam cencaluk

Bahan-bahan:

80ml minyak

6 ketul ayam (digaul bersama 1/2 sudu kecil serbuk kunyit)

75ml cencaluk

75ml air asam jawa

3 helai daun limau purut

1 tangkai cili merah atau hijau (dibuang biji & dihiris)

1 biji bawang besar (dihiris halus)

3 sudu besar gula

Bahan kisar halus:

2 batang serai

2cm halia

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Cara menyediakan:

1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam sehingga masak. Tinggalkan minyak selepas menggoreng.

2.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga wangi dan masukkan semula ayam yang telah digoreng.

3. Gaulkan ayam, cencaluk, air asam jawa, limau purut serta cili, bawang dan gula. Masak selama lima minit lagi.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge