Gaya anggun Neelofa hadir acara fesyen antarabangsa

Gaya anggun Neelofa hadir acara fesyen antarabangsa

PELAKON, pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Nor atau mesra disapa Neelofa membuktikan wanita berhijab juga mampu tampil stailo pada acara fesyen antarabangsa.

Buktinya, kemunculan selebriti berusia 30 tahun itu pada Minggu Fesyen New York 2019 dan Minggu Fesyen Milan 2019 yang berlangsung antara 4 hingga 23 September lalu berjaya mencuri tumpuan lensa kamera jurugambar profesional.

Menariknya, beliau bukan sahaja tampil bergaya dalam persalinan busana jenama mewah, malah turut berpeluang menemui pereka fesyen terkemuka seperti Tommy Hilfiger dan Michael Kors.

Lebih istimewa menerusi entri akaun Instagram @neelofa, beliau berkongsi foto bersama trofi Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) kategori Usahawan yang dimenanginya di Monte Carlo, Monaco kelmarin.

Segmen FESYENISTA kali ini berkongsi antara #OOTD Neelofa yang manis berhijab.

Penampilan Neelofa hadir acara fesyen antarabangsa

Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Neelofa membuktikan wanita berhijab juga mampu tampil stailo pada acara fesyen antarabangsa. Buktinya, lihat sahaja penampilan beliau ketika menghadiri Minggu Fesyen New York 2019 dan Minggu Fesyen Milan 2019 baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan lensa kamera jurugambar profesional. Menariknya, beliau bukan sahaja tampil bergaya dalam persalinan busana jenama mewah, malah turut berpeluang menemui pereka fesyen terkemuka seperti Tommy Hilfiger dan Michael Kors. Justeru, segmen FESYENISTA kali ini berkongsi antara #OOTD @neelofa sepanjang berada di sana. #FEMINA #fesyenista #lifestylesinarharian

Posted by Sinar Harian on Monday, October 7, 2019




Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *