Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Fahami konsep istito’ah sebelum tunai haji
  • ATTRACTION

Fahami konsep istito’ah sebelum tunai haji

Helmi Aziz December 1, 2019 4 minutes read
545643.jpg

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini perlu memahami konsep istito’ah sebelum menunaikan ibadah haji yang mana ia merupakan salah satu perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan menjadi kewajipan dalam menjalankan ibadah itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kemampuan menunaikan haji atau istito’ah mempunyai pengertian luas yang merujuk kepada kemampuan mengerjakan haji daripada segi kewangan, bekalan, kenderaan dan perjalanan yang aman.

Beliau berkata, istito’ah segi bekalan membawa kepada pengertian bekalan mencukupi baginya menuju ke tanah suci sehingga pulang di samping bekalan yang mencukupi bagi keluarga di bawah tanggungannya di tanah air.

“Istito’ah dengan makna ada kenderaan yang menyampaikan ke Makkah pula seperti kapal terbang atau kenderaan selesa, termasuk perjalanan menuju ke sana penuh dengan aman. Tidak ada rusuhan, tidak ada perkara membawa peperangan dan seumpamanya,” katanya kepada Bernama menerusi Lembaga Tabung Haji (TH).

Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Foto Bernama

Zulkifli Mohamad Al-Bakri – Foto Bernama

Zulkifli berkata, istito’ah untuk menunaikan haji juga merujuk kepada beberapa faktor yang penting iaitu termasuk mahram, kesihatan, kuota atau kebenaran haji daripada kerajaan Arab Saudi dan keselamatan.

Katanya, berdasarkan Mazhab Syafie, keperluan mahram dilebarkan mengenai kebolehan wanita pergi ke Makkah apabila wujudnya nisak thiqah, bermaksud jika ketiadaan suami atau mahram, maka dibolehkan pergi bersama dua perempuan yang dipercayai, amanah dan taat atau thiqah dan memadai juga kepadanya seorang wanita yang thiqah.

“Inisiatif dari TH amat jelas apabila adanya pihak tertentu yang sama-sama membantu sebagai satu keluarga besar haji. Kita anggap mahram adalah penting bahkan wajib tetapi bentuknya yang pertama adalah mahram seperti adik-beradik, bapa begitu juga suaminya. Sekiranya tidak ada, wanita thiqah sebagaimana dinaskan dalam Mazhab Syafie diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, bagi makna istito’ah bagi kemampuan kesihatan mengerjakan haji, kajian dibentangkan dalam muzakarah haji membahagikan kemampuan kesihatan kepada dua bahagian iaitu merujuk kepada kesihatan kronik dan tidak kronik.

Katanya, menerusi muzakarah itu mereka mengalami kesihatan kronik, sukar dan terpaksa membelanjakan jumlah perbelanjaan yang besar sekiranya dipilih sebagai jemaah, tidak termasuk dalam golongan istito’ah dan boleh dibadalkan hajinya.

“Sakit yang dianggap sebagai tidak kronik seperti asma, kencing manis, darah tinggi, gaot atau seumpamanya yang memungkinkan dengan menggunakan ubat-ubatan atau dengan bantuan Tabung Haji melalui pegawai kesihatan yang ditugaskan, maka di situ kemampuan kesihatan seperti itu dibolehkan.

“Tetapi, kita juga perlu mengambil inisiatif atau ikhtiar dengan mencukupkan sedikit kewangan khusus untuk ubat-ubatan kerana bimbang jika kehabisan ubat dan perlu membelinya di farmasi,” kata Zulkifli.

Beliau berkata, kuota atau kebenaran mengerjakan haji dikeluarkan kerajaan Arab Saudi juga termasuk dalam istito’ah bagi menghormati polisi sesebuah negara kerana asas dipegang dan dilaksanakan mereka.

“Sekali pun kita bertubuh sihat, duit mencukupi bahkan melebihi serta memenuhi semua syarat, seseorang jemaah itu tidak dianggap istito’ah, bahkan perlu menunggu hingga sampai giliran sampai barulah dikira istito’ah.

“Kita kena faham, bukan kita sahaja, tetapi umat Islam dari pelusuk dunia mahu melaksanakan haji termasuk negara seperti Amerika Syarikat, England, Perancis, Jerman atau Jepun. Itu belum lagi negara yang mempunyai jumlah orang Islam ramai seperti Indonesia, Turki, Mesir juga Malaysia,” katanya.

Justeru katanya, meraikan dan mematuhi isu mengenai kuota haji atau kebenaran haji yang dipanggil tashrih atau kebenaran melaksanakan ibadat haji adalah perkara yang juga termasuk dalam istito’ah haji.

Zulkifli berkata, bagi istito’ah dalam aspek keselamatan, ia seharusnya dilihat kepada diri sendiri serta keluarga dan perlu dilihat dalam bentuk lebih luas daripada dasar atau pandangan negara sekiranya berlaku pergolakan atau musibah membawa kepada ketidakamanan serta risiko kepada jemaah haji.

“Keselamatan hendaklah diambil kira kerana keamanan dalam perjalanan, di tempat tujuan dalam melaksanakan haji penting yang perlu kita fahami sebaiknya supaya ibadah haji dilakukan dalam keadaan hati tenang dan sempurna akhirnya dengan kesempurnaan melayakkan seseorang mendapat haji mabrur,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku ancaman dalam perjalanan atau peperangan menuju tanah suci yang tidak mempunyai jaminan keselamatan, wabak besar menyebabkan kepada kebinasaan, dan keselamatan tempat dituju tidak memenuhi spesifikasi juga membawa kepada ketidakwajiban dalam menunaikan haji kerana tidak dianggap sebagai istito’ah. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: OPPO Reno2 First Sales Roadshow Achieved Double the Sale Compared to its Predecessor
Next: ‘Abbas Ibn Firnas pelopor bidang penerbangan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.