Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Contohi sikap Rasulullah SAW santuni OKU
  • ATTRACTION

Contohi sikap Rasulullah SAW santuni OKU

Helmi Aziz February 3, 2019 3 minutes read
133920.jpg

SHAH ALAM – Islam meletakkan kemuliaan terhadap kedudukan orang kurang upaya (OKU) yang merupakan insan istimewa.

Penceramah agama, Muhammad Khairul Azman Md Daud atau lebih dikenali sebagai Ustaz MK Azman berkata, ia dapat dilihat menerusi kisah sahabat Rasulullah SAW berstatus OKU, yang memperlihatkan sikap Nabi Muhammad SAW dalam menyantuni golongan itu.

Beliau berkata, pada zaman Rasulullah SAW lagi, sudah pun wujud sahabat OKU sejak mereka dilahirkan dan ada juga akibat kesan peperangan iaitu Abdullah bin Ummu Maktum RA dan Julaibib RA.

Katanya, Abdullah adalah muazin Rasulullah SAW, selain Bilal bin Rabah RA, yang mana kedua-dua mereka mempunyai waktu khusus mengumandangkan azan.

“Abdullah juga merupakan antara seorang sahabat senior Rasulullah SAW dan termasuk antara orang-orang yang pertama memeluk Islam,” katanya dipetik menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Begitupun, katanya, Abdullah memiliki kekurangan fizikal iaitu buta.

Rasulullah SAW bertanya kepadanya; “Sejak bila engkau hilang penglihatan?” Beliau menjawab, “Sejak kecil.” Maka Rasulullah SAW bersabda; “Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, ‘Jika Aku mengambil penglihatan hamba-Ku, maka tidak ada balasan yang lebih pantas kecuali syurga.”

Ketika ALLAH memerintahkan Rasul-Nya dan kaum Muslimin hijrah ke Madinah, beliau berkata, Abdullah menjadi orang yang pertama menyambut seruan-Nya.

“Walaupun dia seorang OKU, jarak antara Makkah dan Madinah yang jauh, sekitar 490 kilometer, ancaman dari orang-orang Quraisy, belum lagi bahaya dalam perjalanan, semua itu tidak menghalanginya untuk memenuhi perintah ALLAH dan Rasul-Nya,” katanya.

Kisah pemuda cacat dikasihi Rasulullah

Sementara itu, menceritakan tentang kisah Julaibib RA, MK Azman berkata, sahabat Rasulullah itu adalah seorang pemuda cacat, katik, tidak berwajah tampan serta tiada apa yang boleh dibanggakan.

Beliau berkata, Julaibib gemar bergurau senda dengan wanita, namun kekurangan pada dirinya menyebabkan kaum hawa tidak begitu sukakannya.

“Dengan adanya Rasulullah SAW, semangat dan tujuan hidupnya menjadi ceria dan boleh melupakan kekurangannya.

“Beliau rajin berzikir dan tidak pernah tertinggal untuk berada dalam saf pertama solat berjemaah, malah sentiasa menyertai peperangan besar bersama-sama baginda,” katanya.

Menurutnya, Julaibib akhirnya dinikahkan dengan anak gadis seorang bangsawan Ansar yang cantik oleh Rasulullah SAW.

Beberapa hari kemudian, katanya, Julaibib menyertai Rasulullah SAW ke medan perang dan gugur sebagai syahid.

Ketika mencari tentera Islam yang terkorban dan tercedera, Rasulullah SAW bersabda, ‘Daku telah kehilangan Julaibib!’. Rupa-rupanya tiada seorang pun menyedari kehilangan Julaibib melainkan baginda.

Jasad Julaibib ditemukan di sisi tujuh mayat Musyrikin yang dibunuh olehnya, lalu Rasulullah SAW berdiri di sisi mayat Julaibib dan berkata, “Dia daripada golonganku dan aku daripada golongannya.”

Melihat kisah itu, MK Azman berkata, Rasulullah begitu mengasihi Julaibib, malah baginda sendiri menatang mayat Julaibib dengan kedua belah tangan dan meletakkannya ke dalam liang lahad.

“Bersama-sama kita contohi Rasulullah santuni OKU,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Keuntungan bersih Pavilion REIT naik kepada RM288.68 juta
Next: Mitec raih pengiktirafan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.