CEMS pantau kualiti air Kampung Kuala Koh

CEMS pantau kualiti air Kampung Kuala Koh

  • August 1, 2019
  • 0 comments
MENJELASKAN tentang kesan aktiviti perlombongan haram mangan seperti yang dilaporkan media sebelum ini di kawasan berdekatan Kampung Kuala Koh, Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff memberitahu, kebiasaannya pengusaha lombong akan menggunakan merkuri untuk proses pengekstrakan.

Antara logam berbahaya lain daripada lombong ialah arsenik. Merkuri boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kecacatan otak dan saraf, kerosakan buah pinggang, kanser dan seterusnya kematian.

Arsenik pula, katanya, boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti radang paru-paru, kanser kulit dan sakit jantung. Terdapat pelbagai kaedah untuk membersihkan air sungai tetapi yang paling utama adalah menentukan sumber pencemaran dahulu.

Menurut Abdul Hafidz, sekiranya benar sumber pencemaran dari lombong, maka lombong itu harus ditutup. Selain itu, pemantauan berterusan kualiti air menggunakan sistem Continues Enviromental Management System (CEMS) yang mana data kualiti air diambil secara real time data pada setiap jam.

“Data-data itu pula dipantau secara terus menggunakan teknologi internet pelbagai benda di mana data-data parameter kualiti air dipantau oleh pihak berwajib menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

“Saya dan rakan-rakan dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dan Fakulti Sains Bumi sedang membangunkan sistem ini. Sekiranya berjaya, masalah pencemaran akan segera diatasi kerana mendapat maklumat yang cepat,” katanya.

Kerajaan negeri Kelantan pada 11 Jun lepas menyita perlombongan bijih mangan di Kampung Kuala Koh dan mengesahkan operasi perlombongan haram itu telah dihentikan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge