Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bunian bukan khayalan
  • ATTRACTION

Bunian bukan khayalan

Helmi Aziz April 19, 2019 2 minutes read
264913.jpg

DALAM pada itu, seorang lagi pengamal perubatan Islam Ustaz Hadi Talhah berkata, bunian itu sebenarnya adalah jin.

Jelas Ustaz Hadi, dalam masyarakat Melayu, mereka menggelarkan jin itu dengan pelbagai nama termasuk bunian.

“Biasanya bunian ini jenis yang hendak berkahwin, mendampingi, berkeluarga atau mahu berkawan.

“Ia bukan dari jenis yang merasuk atau mengganggu. Itu jenis lain yang biasanya orang panggil sebagai hantu raya, pelesit dan sebagainya,” ujar beliau.

Katanya, sama seperti jin, asal-usul bunian adalah dicipta daripada api.

“Fizikal bunian sebenarnya tidak sama seperti manusia. Ia bukan seperti yang digambarkan oleh cerita-cerita dalam drama televisyen. Bahkan juga, gambaran dari orang yang telah memasuki alam bunian.

“Kita kena ingat. Bunian ini boleh menjelma sebagai makhluk-makhluk tertentu atau jelmaan manusia, haiwan dan sebagainya. Apa pun, kita memang tidak dapat lihat mereka sebab mereka adalah ghaib,” katanya.

Seperkara lagi, Ustaz Hadi memberitahu, umur bunian sebenarnya mencecah ratusan tahun.

Kahwin dengan manusia?

Mengulas lanjut, bunian katanya mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Bahkan ada kes bunian berkahwin dengan manusia!

USTAZ HADI TALHAH

USTAZ HADI TALHAH

Dari segi hukumnya, Ustaz Hadi menegaskan, ia dilarang sama sekali kerana perkahwinan manusia dengan jin tidak sah.

ALLAH SWT berfirman: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum: 21)

Selain itu, katanya, bunian juga mempunyai akal dan nafsu serta makan dan minum. Mereka juga golongan mukallaf seperti manusia kerana akan disoal pada hari kiamat nanti.

Kepada satu soalan, Hadi menjawab: “Sebenarnya ketika ALLAH SWT menciptakan bumi dulu, jin yang menetap. Apabila ALLAH ciptakan Nabi Adam AS dan kemudian turunkan baginda ke bumi sebagai khalifah, maka, jin yang ada di bumi dihalau ke kawasan pedalaman, hutan, laut dan pantai. Manusia menetap di kawasan bumi lapang. Bagaimanapun, di kawasan bumi lapang ini, jin tetap ada tetapi tidaklah sebanyak di kawasan hutan belentara.”

Agamawan itu turut menjelaskan, individu yang memasuki alam bunian itu sebenarnya telah dikuasai jin yang membawa masuk ke alam mereka.

“Ia bukan soal hijab atau tidak. Sebenarnya bukan satu keistimewaan bila masuk ke alam jin. Bila kita nampak dia, ia akan menyebabkan fikiran kita terganggu,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tucson mewah dan agresif
Next: Payudara mengendur selepas menyusukan, ketahui cara merawat

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.