Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Boon Siew Honda perkenal tiga model serentak
  • ATTRACTION

Boon Siew Honda perkenal tiga model serentak

Helmi Aziz February 18, 2019 3 minutes read
191782.jpg

BOON Siew Honda Malaysia membuka tirai tahun 2019 dengan memperkenalkan tiga model baharu iaitu Super Cub C125, CB 1100 RS dan CBR 1000RR Fireblades SP sebagai usaha untuk mengukuhkan jualan motosikalnya pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, ketiga-tiga model tersebut akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Katanya, syarikat akan menumpukan kepada peningkatan jenama, memperbaiki rangkaian pengedar, meningkatkan perkhidmatan selepas jualan, mengembangkan keselamatan menunggang, selain membangunkan pelumba tempatan dan sukan permotoran.

Menurut beliau, sasaran jualan bagi model Super Cub C125 adalah sebanyak 300 unit untuk tahun ini. Manakala bagi dua lagi model adalah masing-masing 50 unit.

“Pengenalan model Super Cub C125 di pasaran tempatan ini berikutan maklum balas yang diterima daripada pelanggan untuk membawa model tersebut ke dalam pasaran Malaysia.

“Oleh itu, kami yakin model ini akan menjadi pilihan kepada pengguna bagi segmen motosikal ‘kapcai’,” katanya.

Model Super Cub C125 dijual pada harga runcit RM13,999. Sementara bagi CB 1100 RS berharga 75,999 dan CBR 1000RR Fireblades SP RM114,999. Kesemua harga tersebut tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

CBR1000RR Fireblade SP

Selepas memperkenalkan model CBR1000RR Fireblade di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 tahun lalu, Boon Siew Honda kini melancarkan pula varian SP yang menawarkan prestasi keseluruhan yang lebih baik.

Enjin 1,000 cc DOHC empat silinder pada model ini menghasilkan 189 hp pada 13,000 rpm dan 114 Nm pada 11,000 rpm. Dengan berat mencecah 195 kg, Fireblade SP merupakan motosikal Honda pertama yang dilengkapi dengan sistem suspensi kawalan elektronik keluaran Ohlins.

Selain itu, ia juga mempunyai tangki minyak titanium berkapasiti 16 liter, Quickshifter serta Cornering ABS. Dari segi luaran, Fireblade SP didatangkan dengan skema warna HRC Tricolor sebagai penghormatan kepada tradisi dan sejarah perlumbaan Honda.

CB1100RS

CB1100RS pula direka bagi menampilkan gaya seperti motosikal sport era 1970-an dengan tangki minyak yang dihasilkan tanpa kesan pateri, lampu bulat LED dan meter bulat berkembar.

Jentera ini dilengkapi enjin sejukan udara 1,140 cc empat lejang DOHC yang menjana 88 hp pada 7,500 rpm dan 91 Nm pada 5,500 rpm. Manakala casisnya pula menggunakan geometri lebih tajam, dipadankan dengan suspensi Showa Dual Bending Valve (SDBV) di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar Showa di belakang.

CB1100RS ini juga dilengkapi dengan rim aluminium 17 inci serta angkup brek empat omboh lengkap dengan ABS. Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Darkness Black Metallic dan Matte Beta Silver Metallic.

Super Cub C125

Seterusnya, dalam senarai model baharu yang diperkenalkan Boon Siew Honda juga terdapat sebuah model comel bergaya ala retro iaitu Super Cub C125. Seperti yang tertera pada namanya, C125 dikuasakan oleh enjin sejukan udara 125 cc SOHC empat lejang silinder tunggal yang menghasilkan 9.1 hp pada 7,500 rpm dan 9.98 Nm tork pada 5,000 rpm.

Bersama dengan reka bentuk klasik, model ini turut menampilkan ciri-ciri moden seperti lampu LED sepenuhnya dan sistem kunci pintar Honda. Ia juga mempunyai tangki berkapasiti 3.7 liter yang boleh diakses dengan membuka tempat duduk secara elektronik.

Super Cub C125 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Niltava Blue, Pearl Nebula Red dan Pearl Shining Black. Sila dapatkan pilihan hati anda di pengedar sah Honda hari ini.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bank Pembangunan lantik Zaiton Mohd Hassan sebagai Pengerusi
Next: Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.