Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bolehkah menarik semula sedekah?
  • ATTRACTION

Bolehkah menarik semula sedekah?

Helmi Aziz April 19, 2019 2 minutes read
1555679167_251615.jpg

AMALAN bersedekah memang dituntut dalam Islam.

Dengan bersedekah, harta kita tidak akan dikurangkan.

Namun, bagaimana jika kita hendak menarik balik sedekah yang sudah kita berikan sebelum ini? Apakah pandangan dari sudut perspektif Islam? Bolehkah kita berbuat begitu?

Barangkali, perkara ini jarang berlaku tetapi bukan bermakna ia tidak pernah berlaku.

Lazimnya, dalam konteks masyarakat hari ini, jika kita mengambil semula barang yang sudah diberi kepada orang lain, kita digelar buruk siku.

Ya, buruk siku merupakan peribahasa yang sesuai dengan situasi ini.

Dalam Islam, terdapat hadis daripada Abdullah bin Umar RA katanya: “Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah mensedekah kuda untuk fi sabilillah. Kemudian, didapatinya kuda itu dijual orang dan dia hendak membelinya semula. Namun, sebelum itu, dia pergi menemui Nabi meminta nasihat baginda. Nabi SAW bersabda kepadanya: “Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.” (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, apabila kita bersedekah, dilarang sama sekali mengambilnya semula walaupun, barang yang disedekahkan itu diperlakukan dengan perkara yang tidak kita persetujui.

Dengan erti kata lain, lupakanlah apa yang telah kita sedekahkan sebelum ini.

Paling penting, niat kita ikhlas kerana ALLAH SWT.

Pernahkah kita lihat seekor anjing memakan muntahnya sendiri? Kita sendiri sanggupkah memakan muntah sendiri? Sudah pasti tidak, bukan?

Kenapa begitu? Kerana semua orang tahu bahawa muntah itu menjijikkan dan sudah pasti kotor.

Bahkan, Rasulullah SAW sendiri pernah mengumpamakan memakan muntah seperti menarik semula sedekah yang sudah diberikan kepada orang lain!

Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang menarik kembali pemberiannya itu seperti anjing yang muntah, kemudian, memakan kembali muntahannya itu.” (Riwayat Muslim)

Ingatlah, mengambil semula sedekah yang diberi merupakan satu perbuatan yang sangat menjijikkan!

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Isuzu buka pusat servis di Cameron Highlands
Next: Ini tip tambah berat anak kurus, kurang selera makan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.