Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Berdakwahlah dengan berhemah, tidak agresif
  • ATTRACTION

Berdakwahlah dengan berhemah, tidak agresif

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
156942.jpg

SEORANG penceramah muda berkata, kelantangan dalam menegur seseorang individu secara umum tentang isu-isu tertentu perlu dinilai semula. Mohamad Hafiz Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hafiz, 31, berkata, tidak dapat dinafikan, ada pendakwah muda yang sangat cakna dan prihatin.

“Ia suatu perkembangan yang baik. Namun dari satu sudut lain, kita tidak boleh mengetepikan pendekatan aulawiyat (keutamaan tertentu). Misalnya, dalam banyak isu, kita perlu susun dan mengenal pasti yang mana satu menjadi keutamaan. Kaedah itu dapat membantu kita mendahulukan isu besar berbanding isu yang kecil,” katanya.

Imam Muda Hafiz

Imam Muda Hafiz

Selaku pendakwah muda, mereka juga tidak boleh terlalu agresif dan tidak berhemah.

“Berhemah dalam konteks ini bukannya bermaksud berdiam tetapi berhati-hati dalam memilih isu dan pendekatan termasuk memahami konteks serta suasana.

“Solusi yang hendak diberikan pula bukan sekadar kata-kata hamburan kosong tanpa penjelasan dan penyelesaian,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Ustaz Hariri Mohamad Daud

Ustaz Hariri Mohamad Daud

Sementara itu, seorang pendakwah yang juga Penolong Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jakim, Ustaz Mohamad Hariri Mohd Daud pula berkata, seseorang itu perlu mencontohi adab Rasulullah ketika menegur.

“Rasulullah SAW memperlihatkan sikap tenang ketika menegur orang yang melakukan kesilapan. Tidak mengambil tindakan terburu-buru yang boleh menimbulkan dan kemarahan orang yang ditegur.

“Walaupun kesilapan itu berlaku secara terang-terangan dan disaksikan sendiri oleh Rasulullah, namun Baginda mengambil langkah bijaksana supaya para sahabat memahami bahawa untuk menegur kesilapan bukan memerlukan emosi sehingga menimbulkan perasaan benci serta dendam. Tetapi untuk menegur harus ada kefahaman, hikmah dalam menegur agar teguran ini menusuk kalbu serta bersedia untuk berubah,”katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Isuzu lancar pakej aksesori tulen
Next: Pembeli rumah dikecualikan duti setem

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.