Aplikasi QueQ jimat masa menunggu

Aplikasi QueQ jimat masa menunggu

DENGAN aplikasi QueQ, orang ramai kini tidak perlu lagi beratur panjang dan membuang masa yang lama hanya untuk menunggu giliran menikmati makanan di restoran pilihan.

Aplikasi mudah alih yang terkenal di Thailand itu kini diperluaskan ke Malaysia sekali gus mengoptimumkan masa pelanggan tanpa perlu menunggu lama.

Seperti di Bangkok, Thailand, rantaian restoran terkenal di sana turut berdepan dengan lambakan pengunjung yang sanggup menunggu berjam-jam demi mendapatkan tempat duduk di restoran kegemaran mereka.

Situasi sama juga berlaku di restoran terkemuka ibu kota apabila pelanggan tiada alternatif lain untuk menempah kerusi dan meja dan terpaksa beratur panjang.

Menyedari keperluan itu, pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif QueQ, Rungsun Joh Promprasith dengan bangganya melancarkan aplikasi QueQ secara rasmi di Malaysia.

“Kami menawarkan kaedah yang lebih pintar dan mudah untuk pengguna supaya mereka dapat ‘menyelamatkan’ masa berharga dan menggunakannya dengan bijak untuk aktiviti lain.

“Melalui aplikasi tersebut, kami berhasrat untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada setiap rakyat Malaysia yang bosan berdepan barisan yang panjang,” katanya.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa QueQ, Shang Leong juga mahu mengubah pengalaman menikmati makanan pengguna di negara ini dengan konsep virtual.

“Kami yakin ia akan mengubah pengalaman pengguna untuk makan di restoran atau kedai makan terpilih. “Pada dasarnya, keutamaan kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan masa dengan melakukan aktiviti yang lebih bermakna sementara menunggu giliran,” katanya.

Aplikasi itu turut menjadi rakan kongsi rangkaian Korea Selatan K Fry, Kurin, Restoran Yut Kee, Ho Kow Hainanese Kopitiam, Plaza Bar-B-Q, Pastries dan Kopi Dotty dan Klinik Mediviron Seksyen 22 Shah Alam.

Setiap outlet mempunyai pilihan untuk menyesuaikan akses jarak mereka dengan tiket beratur maya mereka dan pengguna akan dimaklumkan melalui notifikasi giliran nombor mereka.

Selain itu, inovasi unik itu bukan sahaja membolehkan pengguna memperoleh tiket maya tetapi menyediakan akses kepada tawaran eksklusif dan promosi di kedai makan terpilih.

Pelanggan boleh mendapatkan tiket beratur fizikal dari kios digital QueQ yang ditempatkan di pintu masuk kedai. Mesin akan memaparkan nombor giliran dan meja yang ditetapkan.

Kios digital juga membolehkan pelanggan melihat menu kedai masing-masing. Imbasan kod QR juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *