Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Antara kejahatan mengerikan ekstremis, empati dunia dan kemuliaan agama Islam
  • ATTRACTION

Antara kejahatan mengerikan ekstremis, empati dunia dan kemuliaan agama Islam

Helmi Aziz April 5, 2019 4 minutes read
254735.jpg

KETIKA artikel ini diterbitkan, peristiwa penembakan yang merentap puluhan nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia dan korban termuda berusia tiga tahun, sudah 22 hari berlalu. Namun, luka masih berparut. Kedukaan masih lagi bersarang. Untuk sembuh? Rasanya seperti mustahil.

Seperti kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pembunuhan di Christchurch telah mengguris hati umat Islam dan di luar batas kemanusiaan. Lebih terkesan, insiden tersebut berlaku pada waktu solat Jumaat di dua masjid utama di Christchurch. Jarak antara dua masjid cuma lima kilometer.

Dalam tempoh 36 minit bermula pada pukul 1.32 tengah hari, serangan pengganas telah menumpahkan darah 50 manusia tidak berdosa dan mencemarkan kehormatan Rumah Allah. Aksi keji itu turut disiarkan secara langsung selama 17 minit melalui Facebook. Umpama satu apokalips yang dahsyat.

Kepada Vice News, seorang seorang imigran muslim di Christchurch bernama Hodliffe dengan genangan air mata berkata: “Tragedi ini sangat berat terutama kepada mereka yang memiliki sembilan rakan dan semuanya meninggal dengan begitu sahaja. Jangan tanya saya tentang masa depan, kami tak sempat memikirnya, tahukah anda, kami ada 50 orang yang kami mahu semadikan.”

Sememangnya, meskipun sudah sekian lama Perang Salib berlalu, permusuhan terhadap umat Islam masih umpama duri dalam daging.

Di New Zealand misalnya, tiada siapa menduga serangan brutal ini boleh tercetus. Ramai menggambarkan negara ini aman, selamat dan paling progresif untuk didiami. Adakah disebabkan faktor-faktor itu telah mendorong pelampau kulit putih itu sengaja mahu mencatatkan satu lagi tragedi hitam dalam catatan sejarah dunia?

Ramai penganalisis mengandaikan, peristiwa di New Zealand itu menunjukkan serangan Islamofobia masih kuat pada zaman moden ini. Masjid yang bertukar menjadi kamar mayat di Christchurch sebenarnya telah mengulangi kejadian di beberapa masjid di Selatan Thailand. Nampaknya, unjuran kebencian terhadap agama suci ini payah dilenyapkan.

Sulit untuk menafikan pernyataan itu sebenarnya. Saya masih teringat beberapa ‘bentuk diskriminasi’ ketika kunjungan saya di beberapa negara bukan Islam.

Sebagai contoh, ketika saya berada di Korea Selatan, Jepun dan Thailand. Rakyat di sana tidak melayan pertanyaan rakan saya yang berhijab bertanyakan arah jalan.

Hal yang sama ketika saya di Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu. Saya juga dinasihatkan oleh imigran Islam di AS untuk tidak mendedahkan latar belakang saya. Sentimen anti-Islam sangat menebal pada saat itu sehinggakan Trump mengeluarkan perintah eksekutif ke atas kemasukan pelarian dan menyekat kemasukan pasport dari tujuh buah negara Islam. Pengalaman-pengalaman ‘kecil’ itu sangat penting sebenarnya.

Ancaman baharu?

Mengulas dilema ini, Mahmood Zuhdi yang juga Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia berkata, beliau tidak nampak tindakan pihak pelampau tertentu untuk menghancurkan Islam akan berkurangan. Hujah beliau ada logiknya.

Ujarnya, kecenderungan penulis-penulis di Barat dilihat tanpa jemu menghasut masyarakat dunia kononnya Islam sukakan kepada kebencian, peperangan dan segala macam andaian negatif.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar pemimpin dan rakyat di negara ini bersatu padu dalam apa jua sekali keadaan.

“Bagi saya, parti politik kena berhati-hati. Kalau kita tidak mengambil kira kepentingan universal dan masing-masing mendesak antara satu sama lain tanpa melihat pada suasana dan persekitaran, maka sesuatu (tidak enak) akan berlaku,” tegasnya.

Justifikasi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria lebih tegas apabila beliau menegur cara sesetengah pendakwah yang agak keras ketika berdakwah.

Ujarnya, sepatutnya tugas seorang pendakwah bercerita tentang kebaikan, ketulusan dan kebenaran Islam, bukannya menghentam agama lain.

“Ingin saya tegaskan, dalam menjalankan dakwah, kita tidak boleh bercakap buruk tentang agama lain kerana ia boleh membangkitkan kemarahan pihak tertentu. Mereka perlu ceritakan tentang kebaikan dan kebenaran tentang Islam sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri tak pernah menghentam agama lain,” katanya.

Hal tersebut telah ditegaskan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.

“Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah al-An’am, 108).

Justeru, ujar ilmuan itu, peranan seseorang pendakwah sangat signifikan. Tersilap langkah, Islamofobia itu akan terus menebal, ujarnya.

Mahmood Zuhdi dan Harussani senada mengatakan, pengganas, ektremis, teroris atau apa sahaja gelaran diberikan sebenarnya ada di mana-mana. Siapa sangka New Zealand yang merupakan negara yang jarang dikaitkan dengan pelampau turut menjadi sasaran. Namun, kita harus berhati-hati. Barangkali, serangan itu adalah tanda kebangkitan kepada ancaman baharu yang lebih dahsyat.

Panjatkanlah doa agar peristiwa itu tidak berulang lagi. Mungkin ada sesuatu yang Malaysia boleh pelajari dari tragedi berdarah ini. Sama-sama kita melangitkan doa untuk para syuhada yang terkorban.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Wanita gemuk lebih membahagiakan suami
Next: Detik ‘apokalips’ Christchurch

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.