memiliki ramai wanita hebat, sama ada selebriti, tokoh politik dan ahli perniagaan. Mereka dikenali umum lantaran keperibadian dan juga kejayaan yang dicipta. Kali ini Femina senaraikan antara 10 wanita yang terkenal dan berpengaruh di negara ini. 1) Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali Tarikh lahir: 12 Julai 1926. Umur: 92 tahun. Asal: Klang, Selangor Jawatan: Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad HASMAH merupakan idola ramai rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa Hasmah mencintai muzik dan beliau kini masih aktif bermain biola. 2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Tarikh lahir: 3 Disember 1952 Umur: 66 tahun Jawatan: Timbalan Perdana Menteri BELIAU semakin dikenali seantero dunia apabila bersama-sama berjuang dalam reformasi keadilan buat suaminya. 3) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Tarikh lahir: 27 Ogos 1947 Umur: 71 tahun Asal: Johor Bahru, Johor. WANITA pertama yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (1 Mei 2000 – 28 April 2016). Beliau kini ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. 4) Tan Sri Michelle Yeoh Tarikh lahir: 6 Ogos 1962 Umur: 56 tahun Asal: Ipoh, Perak PENYANYI dan pelakon yang tinggal di Hong Kong. Beliau memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983. Dipilih oleh majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada tahun 1997. Terkenal setelah berlakon filem antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon dan beberapa filem lain. 5) Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin Tarikh lahir: 11 Januari 1979 Umur: 40 tahun Asal: Kampung Awah, Temerloh, Pahang SITI NURHALIZA masih mengekalkan kedudukannya sebagai penyanyi nombor satu negara. Beliau juga ialah pengasas jenama alat solek SimplySiti dan Creación by Siti Nurhaliza. 6) Noor Neelofa Mohd Noor Tarikh lahir: 10 Februari 1989 Umur: 30 tahun Asal: Pasir Mas, Kelantan Beliau ialah pelakon, model, pengacara, duta,jurucakap produk dan ahli perniagaan. Terkini, beliau menerima pencalonan dalam kategori Usahawan untuk anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco. 7) Datin Vivy Sofinas Yusof Tarikh lahir: 11 Disember 1987 Umur: 31 tahun Asal: Kajang, Selangor VIVY merupakan pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group. 8) Dr Nur Amalina Che Bakri Tarikh lahir: 7 Disember 1987 Umur: 32 tahun Asal: Kota Bharu, Kelantan DR AMALINA merupakan pakar pelatih bedah di bahagian surgikal dan trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England. Beliau membantu proses pembedahan membuang tumor Ainul Mardhiah berusia 10 bulan yang menghidap germ cell tumour di hospital kanak-kanak di London. 9) Yunalis Mat Zara’ai Tarikh lahir: 14 November 1986 Umur: 33 tahun Asal: Alor Setar, Kedah Penyanyi bertaraf antarabangsa, pemuzik, komposer dan penulis lirik. Pernah berkolaborasi bersama penyanyi terkenal seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko. 10) Datuk Nicol Ann David Tarikh lahir: 26 Ogos 1983 Umur: 35 tahun Asal: Pulau Pinang NICOL merupakan pemain skuasy terbaik yang pernah dimiliki negara. Beliau menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam pertandingan skuasy. Sumber Post navigation KPDNHEP, Perodua kolaboratif atasi masalah produk tiruan Dron melukis mural grafiti gergasi