PUNGGUNG atau pinggul wanita kerapkali dikaitkan daya tarikan seksual. Tipulah jika wanita yang mempunyai punggung yang seksi tidak menjadi perhatian lelaki.
Pasti ada mata-mata nakal yang curi-curi melihatnya. Itu hakikat yang perlu diakui. Beruntung bagi wanita yang punyai punggung yang besar, bukan main-main ya!
Tahukah anda bahawa banyak kebaikan buat mereka yang mempunyai punggung yang besar dari aspek perubatan. Ini berdasarkan kajian.
Memetik sebuah portal berita, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada pelbagai penyakit kronik termasuk memiliki kebijaksanaan.
Kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat pada tahun lalu terhadap 16,000 wanita mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya pintar bahkan mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.
Menurut Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos pula, kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung juga berupaya melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.
Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.
Menurutnya, hormon tersebut adalah dinopectina yang bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.
“Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.
“Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” ujarnya.
Lemak dalam tubuh dikatakan berupaya mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut dapat meningkatkan risiko penyakit.
“Anda harus ingat ya, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi,” katanya.
Berbeza pula dengan lemak di punggung, ia beri banyak kelebihan kepada seseorang itu.
“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.