Ingat, gemuk tidak bererti anda tidak sihat, mereka yang kurus belum tentu sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.
Apa yang penting anda sentiasa gembira melalui kehidupan berumah tangga bersama keluarga dan suami sayangkan anda. Malahan, segelintir suami bangga memiliki isteri berbadan gemuk!
Ingat, istilah bahagia bukan bergantung kepada isteri gemuk atau kurus ya! Fakta itu diperkuatkan lagi dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemón Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Jabatan Psikologi Universiti Nasional Autónoma de México (UNAM), Mexico.
Sepertimana yang dilaporkan oleh Daily Times, penemuan kajian itu antara lain menyatakan bahawa wanita gemuk membuatkan suami 10 kali ganda lebih bahagia.
Kajian itu juga mendapati, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk lebih ceria, mudah senyum dan lebih baik dalam menghadapi masalah berbanding dengan lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita kurus.
“Wanita kurus selalunya kurang ramah dan kurang ekspresif dengan emosi mereka. Sedangkan wanita gemuk lebih yakin pada diri mereka sendiri,” katanya.
Selain itu, kedua-dua pengkaji itu berkata, wanita gemuk berupaya menangani keperluan pasangannya dengan lebih baik.
Jadi, buat isteri-isteri yang ketika ini tertekan dengan keadaan tubuh yang gemuk tak perlulah terlalu risau dengan lebihan kilogram yang anda miliki selagi tidak obes dan berpenyakit.
Sumber: Daily Times / Vanilla Kismis