URBAN FARMING KOMUNITI PRESINT 9 PUTRAJAYA

Hidroponik Trend Urban Farming

URBAN FARMING KOMUNITI PRESINT 9 PUTRAJAYA

 

URBAN FARMING KOMUNITI PRESINT 9

 

Urban farming Komuniti penduduk Presin 9  ini terletak di Rumah Hijau Kebun Komuniti 1, Taman Rimba Desa Presint 9 Putrajaya. Lokasi bersebelahan apartment dan agak terpencil ini betul-betul berada di anak Sungai Gajah di Putrajaya.

Kebun komuniti KK23 Putra Harmoni diusahakan oleh penduduk kejirananPresin 9 dan pihak lain yang berminat untuk terlibat dalam bidang pertanian moden. Usaha penanaman pokok secara moden ini merupakan salah satu inisiatif pertanian bandar bagi menyokong agenda tempatan. Projek ini menggunakan sistem fertigasi untuk  penanaman  pokok Rock Melon, Cili Kulai, salad dan banyak lagi.

Hidroponik Trend Urban Farming
Hidroponik bakal menjadi Trend Urban Farming

Rumah hijau di situ kelihatan ratusan pokok di tanam dalam system fertigasi menggunakan batang paip, tiang tali gantungan, tangka air dan salur air.Aktivit bercucuk tanam di banda ini dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk kerana dapat memberi pendapatan tambahan, berjimat cermat dengan adanya bahan tanaman tumbuhan.sendiri dan berpeluang menggunakan sayur segar organik.

Rumah pelindung hijau tiang pepara dan tiang sokongan tali fertigasi gantung
Rumah pelindung hijau tiang pepara dan tiang sokongan tali fertigasi gantung

Di Urban Farming  ini mendapat sokongan dari Perbadanan Putrajaya dan pihak Malaysia Agriculture Research and Development Institute (MARDI). Kelihatan juga mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysaia (UTM) dari Skudai hadir berkongsi teknologi penyemburan baja dan input berkaitan mesin robotik penyemburan bagi memudahkan lagi tugas petani moden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *