TV9 BAKAL MELANCARKAN KEMPEN ISTIMEWA SEMPENA BULAN RAMADAN INI!

TV9 BAKAL MELANCARKAN KEMPEN ISTIMEWA SEMPENA BULAN RAMADAN INI!

Ramadan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan sejak Allah S.W.T. mengurniakan banyak keberkatan sepanjang bulan yang indah ini. Pada 8 April 2023 di Pasar ST Rosyam Sungai Buloh jam 11.00 pagi, TV9 akan memulakan kempen Janji Bernilai 149 sempena memperingati bulan mulia ini.

Janji Berbaloi 149 merupakan kolaborasi antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima. Sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9, kolaborasi ini menawarkan tawaran harga paling hebat iaitu RM 1.49 untuk orang ramai membeli barangan memasak di bulan Ramadan.

Janji Berbaloi 149 akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan rakan selebriti program realiti masakan TV9, Dapur Tempur Ra-Ra iaitu Michael Ang dan Yasmin Hani. Tidak dilupakan juga kehadiran Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart bagi merasmikan kempen ini.

Jangan lepaskan peluang anda kerana TV9 menawarkan pakej produk masakan harian kepada orang ramai yang bernilai hampir RM60.00, hanya dengan harga serendah RM1.49 sahaja! Barang-barang yang ingin disampaikan melalui pek bantuan ini merupakan barang-barang yang biasanya digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur. Harga yang ditawarkan iaitu RM1.49 hanya sah pada 8 April 2023 sahaja.

Berikut merupakan barangan yang terdapat dalam pek Janji Berbaloi 149:

  1. Sirap Kordial 360ML
  2. Minyak Masak 1KG
  3. Tepung Gandum 1KG
  4. Garam 300GM
  5. Bawang Putih 450GM
  6. Telur 10 Biji
  7. Bawang Besar 1KG
  8. Kicap Manis 325ML
  9. Beras 5KG
  10. Santan Kelapa 500ML
  11. Sos Cili 340GM
  12. Gula 1KG
  13. Krimer Manis 500GM

Pek ini adalah terhad dan setiap keluarga hanya boleh membeli satu pek sahaja. Jom ramai-ramai kunjung ke ST Rosyam Mart, Sungai Buloh, 8 April 2023 ini bermula pada 11.00 pagi dan bawa pulang pek Janji Berbaloi 149! Bagi menghangatkan lagi perbualan di media sosial pada hari tersebut, pengunjung boleh gunakan tanda pagar #JanjiBerbaloi149.

Jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.